Pages

Utusan dah start dah….

Usahlah kita kata Petra itu tidak boleh dipercayai, atau boleh percaya tetapi 40% sahaja. Sanggupkah Kerajaan mengadakan Siasatan Terbuka untuk menentukan betul atau salah Petra dan Bala ini?

By Zaid Ibrahim

UMNO telah mula siar gambar saya. Lazimnya mereka takkan memberi apa-apa laporan tentang diri saya, apatah lagi nak masuk gambar. Bila mereka berbuat demikian ertinya; sudah sampai masa saya akan di pukul dan dibelasah. Kerja akhbar Gestapo. Lagi besar gambar itu maknanya lagi teruk mereka akan belasah saya, secara besar-besaran. Hari ini ada gambar saya dengan Raja Petra dan mereka membuat kesimpulan bahawa kerana hubungan ini maka PKR-lah atau parti Keadilanlah yang sponsor atau bantu Raja Petra dari segi Kewangan. Menteri Nazri kata dia ada bukti PKR beri wang kepada Raja Petra. Mengapa Utusan tak tunjuk bukti itu? Kita pun nak tahu kerana setahu saya parti saya ini tak ada duit, kais pagi makan pagi. Tak usah nak guna andaian untuk membuktikan sesuatu yang memang sudah ada bukti jelas dan kukuh. Lainlah kalau mereka tak ada bukti, lalu perlulah mereka membuat tohmahan dan dakwaan palsu.

Saya baru bertemu dan makan ais kacang dengan Petra dan Bala. Saya tanya mereka mengapa tidak mahu balik ke Malaysia. Mengapa mereka berada di luar negara. UMNO telah menuduh mereka buat kesalahan dan lari kerana takut kepada tindakan Mahkamah. Mereka menjawab serentak. Mereka akan balik ka Malaysia kalau mereka tidak akan kena ISA. Siapa boleh beri jaminan? Mereka takut mereka kena tahan dan diseksa sampai mati. Mereka takut kena bom C4.

Mereka adalah dua insan kerdil yang takut kepada kerajaan yang ada sekarang. Saya amat faham ketakutan mereka. Saya sendiri berasa takut, entah apa pula yang boleh dilakukan oleh pihak berkuasa. Tetapi apa yang rakyat mesti ingat ialah: kedua-duanya, Petra dan Bala, tidak disabitkan dengan apa-apa kesalahan. Polis tidak pernah mengambil apa-apa tindakan untuk membawa mereka pulang.

Jadi, jelas bagi saya mereka tidak bersalah. Jadi mengapa Utusan cuba mengelirukan Rakyat dan menimbulkan persoalan yang tidak relevan, mengenai hubungan saya dan mereka. Yang relevan dan perlu dipersoalkan ialah kenyataan mereka bahawa kes Altantuya itu ada kaitan dengan orang lain yang Maha Berkuasa dan perlu disiasat.

Jadi usahlah kita kata Petra itu tidak boleh dipercayai, atau boleh percaya tetapi 40% sahaja. Sanggupkah Kerajaan mengadakan Siasatan Terbuka untuk menentukan betul atau salah Petra dan Bala ini?

07/07/10

No comments:

Post a Comment