Pages

Petition: Bukit Jalil Tamil School “Ethnic Cleansing”

Kempen Tandatangan : Jangan tutup SJK (T) Bukit Jalil dan pindahkannya ke satu tapak tanah yang telah digazetkan sebagai Sekolah Agama Sri Keladi secara sementara dengan tujuan “penghapusan ethnik” secara sistematik sekolah ini dan kesemua 523 sekolah-sekolah Tamil di Malaysia. SJK(T) Bukit Jalil ini adalah simbol pengorbanan, sejarah dan warisan pekerja-pekerja ladang yang harus dipelihara sebagai tapak Warisan Satu Malaysia untuk generasi akan datang.

Sekolah ini juga adalah dekat sesuai dan perlu untuk lebih kurang 1,000 keluarga di Flats PPR, Kg Muhibah, Ladang Bukit Jalil, Alam Sutera, Mutiara Bukit Jalil dan lain-lain lagi.

Kenapa hanya sekolah-sekolah Tamil sahaja di kenalpasti, dipindah- randah, dan dianayai yang tidak dilakukan kepada sekolah-sekolah Melayu, Cina Orang Asli, Kadazan atau Iban.

Kami minta Kerajaan Malaysia supaya perbuatan penutupan dan pindah-randah sekolah-sekolah Tamil ini diseluruh negara dihentikan secara segera.

Kami mahu SJK(T) Bukit Jalil ini diberikan tanah seluas sepuluh (10) ekar di lokasi sedia ada dan digazetkan sedimikian dan di bina semula dan dijadikan sebagai sekolah Bestari berasrama penuh Tamil yang pertama di Malaysia.

Kesemua 523 sekolah-sekolah Tamil di Satu Malaysia juga harus diberikan tanah lima (5) ekar setiap satu sekolah dijadikan sekolah-sekolah kerajaan bantuan penuh dan digazetkan sedemikian untuk setiap satu sekolah dan memelihara kesemua 523 sekolah-sekolah Tamil di Satu Malaysia ini.

Please download, get signature and return to Captain Bala 019 2166205 or fax to 03-2282 5245

29/09/10

No comments:

Post a Comment