Pages

Umno-BN Sembunyi Isu Hutang Isi Rumah Dalam Laporan BNM

Oleh Fazli Othman

BNMKUALA LUMPUR 29 Okt - Kerajaan Umno-Barisan Nasional cuba menyembunyikan pendedahan laporan Bank Negara Malaysia (BNM) pada tahun 2009 berhubung hutang isi rumah yang meningkat secara ketara kepada 76.6% daripada 63.9% Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) iaitu sebanyak RM389 bilion.

Menurut Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkifly Ahmad berkata berdasarkan laporan tersebut, ia telah meletakkan negara di tahap yang tertinggi di Asia dari segi tanggungan hutang isi rumah.

"Lebih membimbangkan, Bajet 2011 langsung tidak menyebut apa-apa langkah konkrit untuk menangani masalah tersebut.

"Gabenor BNM, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz telah menyebut bahawa mereka telah bersedia dengan pelbagai langkah institusi supaya paras hutang melebihi paras pruden.

"Beliau juga menyebut bahawa tanda-tanda tekanan inflasi akibat daripada perbelanjaan masih belum kelihatan untuk sebarang campur tangan segera dan memadai dengan meningkat kadar Apungan Semalaman (OPR).

Menurut Dr Dzulkifly,setakat ini Laporan Petunjuk Perbankan dan Monetari BNM oleh Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) menunjukkan pinjaman isi rumah pada April hingga Jun tahun ini masing-masing berada pada 10 peratus, 11.7 peratus, 12.5 peratus, 11.9 peratus dan 11.8 peratus.

"Pihak Kaunseling Kredit dan Agensi Pengurusan Hutang Kebangsaan (AKPK) tahun lalu turut merakamkan, hampir 50 peratus dari 3000 yang datang mendapatkan khidmat AKPK adalah dalam likungan umum 30 tahun hingga 40 tahun.

"AKPK turut mendedahkan sebanyak 15 peratus mereka yang terbabit adalah dalam lingkungan usia 20an.

No comments:

Post a Comment