Pages

Polis Malaysia ala Israel adalah pasukan yang paling kejam di dunia



Walaupun saya tidak bersama di demo Anti-Mubarak yang berlangsung di Kuala Lumpur semalam, namun hati dan semangat saya bersama-sama dengan rakyat yang turun ke jalanan untuk menyatakan betapa jeleknya perasaan mereka terhadap apa yang berlaku di Tanah Arab sekarang.

Seperti biasa, kebebasan dan hak rakyat untuk berhimpun dan menyatakan pendirian tidak dihormati. Polis bertindak seolah-olah para pendemo daripada Mesir yang berarak beramai-ramai semalam.

Persoalannya disini, siapa yang dijaga kepentingan, hak dan keselamatan oleh pihak polis? Hosni Mubarak? Kedutaan Amerika Syarikat? Ataupun rakyat Malaysia yang membayar cukai agar polis menerima gaji mereka setiap bulan?

Sebaik selesai menonton video demo anti-Mubarak di laman youtube, degupan jantung menjadi kencang, nafas berombak laju, pelbagai perasaan menerjah keminda. Dimana aku sekarang ini? Masih dibumi Malaysiakah ataupun disebuah negara komunis yang menghalang rakyatnya daripada bersuara.





Demonstrasi anti-Mubarak: Polis tembak meriam air

Protesters march during a rally demanding for an end to Egyptian President Hosni Mubarak's rule, at the U.S. embassy in Kuala Lumpur February 4, 2011. Mubarak is warning of chaos if he were to step down, but U.S. counter-terrorism efforts are expected to weather unrest aimed at ending his 30-year rule.Polis melepaskan tembakan meriam air ke atas kira-kira 3,000 rakyat Malaysia yang menyertai perhimpunan di luar kedutaan Amerika hari ini, menuntut supaya Presiden Mesir, Hosni Mubarak meletak jawatan.protest against hosni mubarak us embassy kuala lumpur crowd 1

Selepas solat Jumaat di Masjid Al-Shakireen Masjid di taman KLCC dan masjid Tabung Haji di Jalan Tun Razak, para jemaah berarak membawa kain rentang yang mengecam Presiden Mesir, Hosni Mubarak.

Dengan memanggilnya"Yasqut Mubarak" (Mubarak turun!) Dan "Yahya al-Sha`ab! "(hidup rakyat!), kedua-dua kumpulan tersebut berarak menuju ke Jalan Tun Razak.

Mereka menuju ke arah Kedutaan Amerika beberapa ratus meter dari masjid Tabung Haji di mana mereka berusaha untuk menyerahkan memorandum kepada pegawai kedutaan tersebut.

Ketua polis Dang Wangi, ACP Mohd Zulkarnian Abdul Rahman berkata, berkata, lapan orang ditahan selepas gagal bersurai apabila diarahkan berbuat demikian.

Ada yang ditahan di dalam kompleks Tabung Haji. Sekurang-kurangnya tiga orang ditahan sewaktu mereka berarak dari Masjid Syakireen menuju ke kedutaan Amerika

protest against hosni mubarak us embassy kuala lumpur arrest man 1Antara mereka yang berarak ke kedutaan Amerika ialah exco Dewan Pemuda PAS, Ridhuan Mohd Nor, yang menyerahkan memorandum bantahan kepada kedutaan Amerika yang menyokong kerajaan Mubarak.

Pemimpin lainnya termasuk ahli parlimen PAS Kubang Krian, Salahuddin Ayub; ahli jawatankuasa pusat PAS, Mohamad Sabu dan ketua cabang PKR Rembau, Badrul Hisham Shaharin.

-malaysiakini































Malaysian Riot police fires water canon on protesters near U.S. Embassy in Kuala Lumpur, Malaysia, Friday, Feb. 4, 2011. More than 1,000 people protested outside the embassy, calling for Egyptian President Hosni Mubarak to step down.
Polis menyembur gas pemedih mata kearah orang ramai
Antara peserta demonstari yang ditahan Polis
Pergelutan antara Polis dan peserta demonstrasi


Banyak lagi gambar-gambar di Facebook dan di sini.

No comments:

Post a Comment