Pages

Kes liwat: Najib pilih untuk undur sebelum bertempur, kata Anwar

September 21, 2011

KUALA LUMPUR, 21 Sept — Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau “kurang senang” dengan pendirian terbaru Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya yang enggan menjadi saksi perbicaraan kes liwat beliau meskipun sudah diberikan sepina.

“Tidak sempoi, tidak sempoi,” celah isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ketika ditemui pemberita berhubung laporan bahawa Najib dan Datin Seri Rosmah Mansor memohon untuk mengetepikan sepina yang dikeluarkan ke atas mereka.

Di akhir perbicaraan hari ini, Anwar (gambar) memberitahu pemberita, umum mengetahui bahawa Najib pernah bertemu dengan pengadu Mohd Saiful Azlan Bukhari.

“Bagi kami ini adalah penting,” kata Anwar merujuk kepada keterangan Najib.

“Dia pilih untuk berundur sebelum bertempur,” kata Ketua Pembangkang ini.

No comments:

Post a Comment