Pages

Hindraf application to be NGO rejected

Formal and token appeal to racist UMNO Home Minister who has approved 46,870 other NGOs & 31 political parties except Hindraf & HRP.

KUMAR HASHIMAH & CO No 6(A), Jalan Abdullah,

PEGUAMBELA & PEGUAMCARA Jalan Bangsar,

ADVOCATES & SOLICITORS 59000 Kuala Lumpur.

Tel : 03-2282 5622 Fax : 03-2282 5245

P. UTHAYAKUMAR. LL.B, CLP.

Office Hours : Mon. – Fri.

9.00 a.m. to 6.00 p.m.

Sat. & Sunday – Closed

Date : 30/9/2011

Our reference : KH/T/336/2011

Your reference : PPP/WKL 0090/11( )

Y.B. Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussein

Menteri Dalam Negeri Malaysia,

Kementerian Dalam Negeri,

Block D1 & D2, Kompleks D,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,

62546Putrajaya.

SERAHAN TANGAN

Faks: 03- 888 91613

Email: webmaster@moha.gov.myThis e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Y.B.

Per: 1. Rayuan supaya Hindraf Makkal Shakti (HMS) didaftarkan sebagai Badan Bukan Kerajaan (NGO) menurut terutamanya Artikel 10(1)(c) Perlembagaan persekutuan dan Seksyen 7 dan Seksyen 18(b) Akta Pertubuhan 1966.

2. DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR (BAHAGIAN RAYUAN DAN KUASA-KUASA KHAS)

PERMOHONAN UNTUK SEMAKAN KEHAKIMAN NO: R 1-25-120-2011

Kami bertindak bagi pihak En.Ramesh a/l Periasamy Setiausaha Agong (penaja) Hindraf Makkal Shakti.

Kami merujuk kepada perkara yang tersebut diatas, kepada permohonan anakguam kami yang bertarikh 18/3/2011 kepada Pendaftar Pertubuhan Wilayah Persekutuan dan kepada surat penolakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia yang bertarikh 22/9/2011 yang telah secara tidak sah disisi Perlembagaan Persekutuan dan Akta Pertubuhan 1966 menolak permohonan Hindraf Makkal Shakti untuk diluluskan dan didaftarkan sebagai sebuah Badan Bukan Kerajaan (Sesalinan surat yang bertarikh 22/9/2011 tersebut dilampirkan bersama disini untuk rujukan senang pihak tuan.)

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia sama sekali tidak menyatakan alasan/alasan untuk penolakan permohonan Hindraf Makkal Shakti untuk sekurang-kurangnya memberi peluang kepada anakguam kami untuk memperbetulkan yang tidak teratur dan (jika perlu) sekali lagi membuat permohonan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia untuk pendaftaran Hindraf Makkal Shakti sebagai sebuah Badan Bukan Kerajaan.

Tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan ini adalah satu tindakan yang tidak adil, tidak bebas dari “arahan politik”, mala-fide, mempunyai niat serong dan bermotifkan politik dengan tujuan menghalang Hindraf Makkal Shakti dari terus memperjuangkan nasib malang masyarakat India yang miskin.

Oleh yang demikian, kami dengan ini membuat rayuan ini menurut terutamanya tetapi tidak terhad kepada Artikel 10(1)(c) Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 18(b) dan dibaca bersama dengan Seksyen 7 Akta Pertubuhan 1966 kepada pihak Y.B. Menteri Dalam Negeri supaya Hindraf Makkal Shakti diluluskan dan didaftarkan sebagai sebuah Badan Bukan Kerajaan dalam tempoh masa empat-belas (14) hari dari tarikh disini.

Menurut keputusan Mahkamah Persekutuan Malaysia, Artikel 10(1) Perlembagaan Persekutuan dalam otoriti Sivarasa Rasaiah v Majilis Peguam Negara [2010] 2 MLJ 333 telah memutuskan yang “ The articles which guarantee fundamental liberties shall be read broadly, whereas any provisions of restriction over the fundamental liberties shall be read narrowly. Then the restrictions on the fundamental liberties should not make those guaranteed rights to beillusionary and ineffective. The fundamental liberties are the basic structure of the Federal Constitution and Parliament cannot enact laws which violates this basic structure.

Sila ambil perhatian bahawa jika pihak Y.B. Menteri Dalam Negeri enggan dan / atau cuai dan / atau gagal memberi kelulusan kepada dan mendaftarkan Hindraf Makkal Shakti sebagai sebuah Badan Bukan Kerajaan menurut terutamanya Artikel 10(1)(C) Perlembagaan Persekutuan dan dibaca bersama dengan Seksyen 7 dan Seksyen 18(b) Akta Pertubuhan 1966 dalam tempoh empat-belas (14) hari dari tarikh surat ini kami akan andaikan yang permohonan kami ini telah ditolak pada 15/10/2011 dan kami akan meneruskan dengan prosiding Mahkamah Tinggi untuk antara lain satu Perintah Certiorari dan Mandamus tanpa sebarang Notis lagi kepada pihak Y.B. Menteri.

Sila ambil perhatian bahawa kami juga akan dalam permohonan yang sama membuat satu “ additional alternative prayer” memohon untuk perintah Certiorari dan Manadamus terhadap sebarang keputusan bertulis Y.B. Menteri Dalam Negeri (jika ada) dimana permohonan Hindraf Makkal Shakti ini pada kemudian hari ditolak oleh pihak Y.B. Menteri sebagaimana yang telah dilakukan melalui surat yang bertarikh 22/9/2011 tersebut oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia.

Sekian terima kasih.

Yang benar,

________________

Salinan Kepada:-

Peguam Kanan Persekutuan Jabatan Peguam Negara Bahagian Guaman, Block C3 Serahan Tangan Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Fax : 03 – 8890 5670 62502 Putrajaya.

(RUJ: PN/WKL/HQ/SD/08/11/2010)

No comments:

Post a Comment