Pages

UMNO, abang besar pembuli MCA

Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek berkata, perlu ada saluran yang lebih luas untuk bertentangan pendapat.

KUALA LUMPUR MCA meminta kerajaan membuka lebih ruang untuk mendengar suara rakyat yang kini jauh lebih lantang dan aktif dengan kesedaran politik yang tinggi berbanding sebelum ini.

Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek berkata, perlu ada saluran yang lebih luas untuk bertentangan pendapat.

“Sebagai pemimpin, kita mestilah bersedia mendengar. Ahli politik tidak sepatutnya berpura-pura yang mereka mereka mengetahuinya.

“Oleh yang demikian, MCA ingin mencadangkan pihak berkuasa menentukan tempat dan laluan untuk mereka berarak dan pewrmohonan permit mesti telus.

“Pihak polis pula perlu diletakkan untuk mengawal trafik dan penganjur mestilah memastikan demontrasi berlangsung dengan aman tanpa mengancam nyawa dan merosakkan harta awam,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar perhimpunan agung tahunan MCA ke 58 di sini hari ini.

Perdana Menteri yang juga Presiden BN, Datuk Seri Najib Tun Razak telah merasmikan perhimpunan agung itu.

Dr Chua berkata, tranformasi politik perlu menjangkaui kepaduan politik, politik kecam mengecam dan perkauman sempit.

Bongkak dan sombong

Dalam ucapannya, presiden MCA itu mendakwa terdapat segelintir pemimpin BN yang memperlihatkan sikap bongkak dan sombong.

“Sebagaimana yang kita maklum mereka kelihatan seperti `loose cannons’.

“Ketahuilah sikap bomgkak atau sombong segelintir pemimpiun BN itu tidak digemari rakyat.

“Mereka ini mendabik dada sebagai `abang besar’. Ini pembulinya, bukan pemimpin.

“Mereka sebenarnya telah dijangkiti penipuan diri sendiri atau kehilangan daya ingatan atau rasa malas untuk berfikir dan kesombongan tidak bertempat.

“Jika penyakit ini dibenarkan membarah, kami khuatir, kemarahan dan persepsi negatif rakyat ke atas BN dan kerajaan akan memuncak,” katanya.

No comments:

Post a Comment