Pages

The winnable candidate from the loser party.

Beberapa hari yang lalu, kita ada membaca mengenai rancangan presiden MCA mahu bertanding dalam PRU 13. Soalan nya di mana? Presiden MCA tidak ada tempat? Sukar di percayai dan sungguh memeranjatkan! Presiden parti Cina yang terbesar tidak mempunyai tempat untuk bertanding? inikah nasib seorang yang menyifatkan diri nya seorangwinnable candidate?

A winnable candidate from a losing party? Narng bohtee narng, kui bohtee kui!

Dalam ucapan nya menyambut Deepavali di Seremban, Chua mengistiharkan telah menerima tawaran dari MB Johor, Perak dan Negeri Sembilan untuk bertanding mana mana kerusi di negeri2 tersebut. Amat ironicjuga, tawaran2 tersebut datang dari MB2 yang belum tentu di pilih dan menang. Ahli2 UMNO pun sedang berusaha mengusir Zambri Kadir dan Mat Hasan. Ghani Othman sendiri pun belum tentu di jadikan calun negeri Johor.

Tapi jika yang membuat tawaran tersebut belum tentu lagi nasib mereka, adakah keyakinan mereka membuat tawaran itu mencerminkan bahawa Chua Soi Lek sebetulnya adalah seorang winnable candidate dari sebuah defeatable party?

Ucapan nya di Seremban adalah signifiken sekali. Seremban pernah menjadi ranjang pertempuran antara dua orang ketua parti cina. Dalam tahun 1982, Presiden MCA ketika itu Lee San Choon bertanding di Seremban melawan Pengerusi DAP, Dr Chen Man Hing. Lee San Choon menang apabila MCA dan BN berbelanja jutaan Ringgit menyodok pengundi Bandar Seremban. MCA beli borong semua- pengundi Melayu yang di broker oleh pimpinan UMNO dan pengundi Cina yang di pujuk dengan wang Ringgit.

Keadaan ketika itu berlainan sekali. MCA parti yang mewakili cukong dan tauke Cina. MCA pun banyak wang bahkan mampu membiayai politik UMNO. Pengundi Melayu pun MCA beli untuk memenangkan Lee San Choon. Cua Soi Lek agaknya memikirkan, dia boleh mengulangi apa yang di lakukan oleh Lee San Choon.

Cuba kita tanya, apakah yang di lambangkan oleh perlawanan Lee San Choon dengan Chen Man Hin pada masa itu? selain daripada pertembungan wang dengan semangat gigih? San Choon mewakil politik yang berwajahkan wang dan Chen Man Hin yang mewakili semangat juang?

Ianya melambangkan pertandingan membuktikan siapakan mewakili dan menjuarai masyarakat Cina. Siapa taikor? Maka amat bertepatan sekali pada masa itu, ketua satu parti politik Cina lawan ketua satu parti politik cina yang lain.

Maka kepada saya, Chua Soi lek pun harus menjejaki langkah presiden parti nya yang terdahulu. Inilah masa nya untuk dia membuktikan kejantanan nya sebagai ketua parti Cina yang terbesar melawan ketua parti cina yang lain. Ini bermakna, jika CSL anak jantan, paling tepat dia berlawan sama ada dengan Lim Kit Siang atau Lim Guan Eng. Pertembungan tersebut akan membuktikan secara muktamad, siapakah yang berhak mengistiharkan dirinya mewakili suara masyarakat Cina.

Ya, marilah kita menyokong supaya CSL melawan sama ada Kit Siang atau Guan Eng. Kita mahu tengok CSL membuktikan kejantanan nya di atas gelanggang yang berbeza. Atau jika dia berkeras mahukan dirinya sebagai Presiden MCA melawan yang setaraf jawatan dengan nya, boleh lah CSL menimbangkan untuk berlawan dengan pengerusi DAP- Karpal Singh.

Tapi, ada juga baik nya, jika CSL bercadang beranding di Seremban untuk megulangi kemenangan seoarang Presiden MCA dimasa lalu. Jika CSL memutuskan mahu bertanding di Seremban, ianya akan memberi peluang untuk pengundi Seremban mengkoreksi kesilapan meraka pada tahun 1982. Let the Seremban folks give CSL the biggest blowjob ever!

No comments:

Post a Comment