Pages

Malaysians must rise up to stop the Peaceful Assembly Bill 2011

The Plan of Action for Malaysia (PoAM) Coalition urges the Government to immediately withdraw the Peaceful Assembly Bill, which is unconstitutional and more repressive than the existing Police Act.

PoAM urges the public to join the protests organised by Kempen Kebebasan Berhimpun (KKB), the Bar Council and other civil society groups as well as overseas Malaysians against this act. The events scheduled so far are:

29 Nov (Tues)

11.30am: Walk – Lake Club to Parliament

8.00pm: Public Forum at Kuala Lumpur and Selangor Chinese Assembly Hall

PoAM reminds the public that in 1981, the then new Prime Minister Dr Mahathir Mohamad too attempted to amend the Societies Act to cripple political participation of associations, but the amendment was defeated by a united front of civil society groups coming from all backgrounds.

PoAM is therefore confident the bill will have to be withdrawn or be rendered unenforceable if the public pressure continues to mount.

PoAM holds that the hefty fines of RM10,000 for assembly organisers who fail to notify the police 30 days in advance and RM20,000 for assembly participants who fail to disperse as instructed by the police are proposed in bad faith.

This is in fact much worse than the Peaceful Assembly and Procession Bill passed by Myanmar which requires only 5 days notification to the police.

Such fines are beyond the means of average Malaysians and are meant to silence ordinary Malaysians from middle and lower class backgrounds. Such fines can also be used to disqualify elected representatives, in the hope that this will deter them from joining the public.

In our opinion, if the People allow this bill to be passed, the people will not be able to hold any demonstration or rally to express their opinion in most urban areas. Under the law, Assemblies are prohibited within a 50-meter radius from petrol stations, police stations, religious places, schools and eight other categories of “prohibited areas”, most of which are commonly found in urban centre.

It is PoAM considered view that when governments are protected from criticism, they will have little incentive to check corruption, arrest power abuse and reverse unpopular policies. This will eventually lead to political instability and conflict.

PoAM calls upon the government to withdraw the proposed Bill immediately and to consult major stakeholders including civil society before retabling the Bill.

PoAM feels that if the Peaceful Assembly Bill in its current form is passed, is a potential time bomb that can result in societal disharmony and chaos. This is something that all right-minded Malaysians do not desire and would rise to prevent.

Issued by GBM which comprises of the following organisations:

1.

Kuala Lumpur & Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH)
2.

Aliran
3.

Tamil Foundation
4.

Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM)
5.

Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Krisitian, Hindu, Sikh dan Tao (MPMAM)
6.

Negeri Sembilan Chinese Assembly Hall (NSCAH)
7.

Penang Chinese Town Hall (PGCTH)
8.

Lim Lian Geok Cultural Development Centre (LLG)
9.

United Chinese School Alumni Association of Malaysia (UCSAAM)
10.

Muslim Professionals Forum (MPF)
11.

Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)
12.

Pusat Komunikasi Masyarakat (KOMAS)
13.

Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM)
14.

Persatuan Masyarakat Selangor dan Wilayah Persekutuan (Permas)
15.

Centre for Policy Initiatives (CPI)
16.

National Interlok Action Team (NIAT)
17.

People’s Green Coalition (PGC)
18.

Anak Muda Sarawak (AMS)
19.

All Women’s Action Society (AWAM)
20.

Partners in Community Organising (Pacos Trust)
21.

Pertubuhan IKRAM Malaysia

*********************

Warga Malaysia harus bangkit untuk menghentikan Rang Undang Undang Perhimpunan Awam 2011

Gabungan Bertindak Malaysia [GBM] menggesa Kerajaan menarik balik Rang Undang-Undang Perhimpunan Awam [RUUPA] 2011 dengan serta merta, oleh kerana perundangan yang dicadangkan adalah bertentangan dengan lunas-lunas demokrasi berperlembagaan, serta ianya mengandungi unsur-unsur lebih menindas berbanding dengan Akta Polis sedia ada.

GBM menyeru rakyat jelata untuk menyertai protes yang kini dianjurkan oleh Kempen Kebebasan Berhimpun (KKB), Majlis Peguam dan kumpulan masyarakat sivil dan warga Malaysia di luar Tanah Air, supaya dapat menentang perundangan tersebut. Sehingga kini beberapa aktiviti yang telah dirancang ialah seperti berikut:

29 Nov (Selesa)

11.30 pagi: Perhimpunan jalan dari Kelab Taman Perdana ke bangunan Parlimen

8.00 malam: Forum Awam di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur and Selangor

GBM ingin menarik perhatian dan memperingatkan rakyat bahawa pada tahun 1981, Perdana Menteri masa itu Dr Mahathir Mohamad juga telah cuba membuat pindaan kepada Akta Pertubuhan dengan tujuan membendung dan menyekat penyertaan persatuan persatuan dalam arena politik. Akhirnya, pindaan tersebut terpaksa ditarik balik apabila berhadapan dengan satu barisan padu kumpulan masyarakat sivil, yang terdiri daripada pelbagai latarbelakang dan sektor.

GBM penuh yakin bahawa RUUPA 2011 akan ditarik balik ataupun tidak dapat dilaksanakan sekiranya tekanan Rakyat menentang perundangan tersebut dapat diteruskan.

GBM berpendapat bahawa denda sebanyak RM10,000 bagi penganjur perhimpunan yang tidak mematuhi peruntukan memberitahu polis 30 hari sebelum perhimpunan dan denda RM20,000 untuk peserta perhimpunan yang enggan bersurai atas arahan polis, merupakan cadangan yang tidak berniat baik.

Sebenarnya, peruntukan ini adalah lebih teruk berbanding dengan notis pemberitahuan 5 hari sahaja di bawah the Peaceful Assembly and Procession Bill yang diluluskan oleh Myanmar baru-baru ini.

Ternyata denda denda tersebut dicadangkan dengan tujuan menyekat hak asasi rakyat jelata, khususnya dari golongan pendapatan terendah dan pertengahan, yang pasti tidak ada kemampuan kewangan bagi membayar. Peruntukan denda tersebut juga berniat untuk menghalang dan menyekat Wakil Rakyat menyertai perhimpunan awam bersama Rakyat, oleh kerana mereka boleh hilang status sekiranya didendakan amaun berkenaan.

Pada pendapat kami, sekiranya Rakyat membenarkan RUUPA 2001 jadi Akta PA 2001, Kerajaan akan ‘dilindungi’ dari perhimpunan jalan di kebanyakan kawasan Bandar. Di bawah perundangan ini, perhimpunan adalah dilarang dalam jarak 50 meter dari had suatu tempat larangan seperti stesyen minyak, stesyen polis, tempat ibadat, sekolah dan lapan lagi “tempat larangan”, yang lazimnya terdapat di mana mana kawasan perbandaran.

GBM berpendapat bahawa sesebuah kerajaan yang kebal kepada kritikan rakyat tidak ada insentif bagi membendung rasuah, penyelewengan kuasa ataupun menarik balik dasar dasar yang tidak terima oleh bilangan besar masyarakat. Keadaan sedemikian akan menyebabkan suasana politik yang tidak stabil serta konflik.

GBM merayu kepada kerajaan untuk menarik balik RUUPA 2011 dan memulakan satu proses perundingan dengan masyarakat sivil sebelum pembentangan semula rang undang undang tersebut.

Pada hemat GBM, sekiranya RUUPA 2011 diluluskan kemungkinan ianya akan menjadi punca ketidakharmonian dan huru hara dalam masyarakat. Warga Malaysia yang waras dan matang pasti akan bangkit untuk mengelakkan keadaan sedemikian berlaku. - CPIAsia

No comments:

Post a Comment