PETALING JAYA: Tragedi Memali, peristiwa berdarah dan menyayat hati yang terjadi pada 19 November 1985, akan dikenang semula menerusi penganjuran konvoi ‘Titian Kasih ke Memali’ oleh Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).
Konvoi yang diterajui sendiri oleh Ketua Penyelaras SAMM Badrul Hisham Shaharin @ CheguBard, akan bermula dari Seremban pada malam hari Jumaat, 18 November ini dan singgah di Pulau Pinang untuk berkumpul dengan komrad SAMM dari utara sebelum meneruskan perjalanan ke Memali.
Penyelaras SAMM Segmentasi Anak Muda, Yasir Sheikh Abdul Rahman, dalam satu kenyataan media hari ini berkata, konvoi ini dianjurkan bagi memperingati tragedi berdarah Memali yang memperlihatkan kekejaman kerajaan Malaysia menyerang kedudukan Ustaz Ibrahim Libya di Memali, Baling, Kedah.
“Kesudahannya, 14 pejuang Islam termasuk Ibrahim Libya telah syahid di medan demi mempertahankan Islam dan berpuluh yang lain telah ditahan serta dipenjarakan.
“Status mereka sebagai syahid disahkan oleh ahli Majlis Fatwa Kerajaan Negeri Kedah, Tuan Guru Haji Yahya Junid dan Ustaz Azahari Abd Razak. Tetapi pihak kerajaan telah menuduh kematian pejuang-pejuang Islam ini adalah ‘bughah’, iaitu penderhaka kepada pemerintah,” katanya.
Kebenaran disorok
Menurut Yasir, tragedi Memali adalah sejarah hitam yang disorokkan kebenarannya. Pejuang-pejuang Islam yang gugur syahid ekoran mempertahankan hak mereka yang mahu di tangkap oleh Kerajaan Malaysia yang dipimpin oleh Umno-Barisan Nasional, telah dituduh dengan pelbagai label supaya pembunuhan ini dihalalkan.
Tegas beliau, sudahlah mereka dibunuh dengan kejam, Ibrahim Libya dan pengikutnya dituduh pula sebagai penjenayah, mengamal ajaran sesat, pelampau, komunis, bughah dan sebagainya. Tuduhan-tuduhan ini kekal bersama sejarah dan seterusnya memberi kesan yang amat besar terhadap waris-waris as-syahid.
Bagi SAMM katanya, sejarah ini harus diperbetul dan maruah semua waris perlu dikembalikan. Selama 26 tahun lamanya waris Memali menanggung keperitan hidup, dicela dan dihina. Tidak keterlaluan untuk fail sejarah ini dibuka semula dan dikaji oleh pengamal sejarah yang ahli.
Beliau menegaskan, jika as-syahid yang terdiri daripada penegak agama Allah di bumi Memali ini sebenarnya tidak bersalah, maka SAMM berjanji untuk pastikan sejarah ini kembali diubah lantas waris wajib diberi penghormatan serta pampasan yang setimpal.
“Atas faktor mencari kebenaran, SAMM sendiri akan meredah belantara untuk menemui saki-baki beberapa waris dalam program konvoi ‘Titian Kasih ke Memali’.
Yasir memberitahu konvoi akan menghabiskan sepanjang hari Sabtu di Memali, salah satu rumah waris juga akan dipilih untuk diadakan bacaan Yasin dan SAMM akan turut bersama dalam program PAS pada hari yang sama sempena ulangtahun memperingati peristiwa Memali.
“Aktiviti konvoi membawa anak muda mengenali sejarah merupakan satu tuntutan demi melihat kekejaman yang dilakukan oleh sang penguasa penerus legasi penjajah. Dari pengamatan sejarah kejam ini akan membawa anak muda SAMM mencipta sejarah!,” ujar beliau.

Ummu aisyah wrote..
ReplyDeleteSemoga Allah mencucuri rahmat dan kasih sayangNya ke atas para syuhada' Memali..insyallah kebenaran pasti akan terbongkar akhirnya. kebatilan akan lenyap selamanya..ini adalah Sunnatullah..
Tok peti hok kate bughah tu balek awal sacara mengejut, kite hok idup ni kalu nok seda, seda lah
ReplyDeleteSekarang apa cerita? Ibrahim Libya berjuang menentang kerajaan yg kononnya kafir kerana bekerjasama dgn kafir..tp skrg PAS bekerjasama dgn DAP..Ibrahim Libya terpengaruh dgn amanat Hj.Hadi ttg negara Islam dan Hudud tp PAS dh tukar kpd negara berkebajikan..Hudud bkn keutamaan dan hanya 0.0001% shj dlm Islam..so..kematian Ibrahim sia2 saja kah kerana PAS dh bertukar pendirian??
ReplyDeleteMalays strong tendency to over react caused this tragedy. When v heard that APCs were deployed against the villages v thought it was a joke. But they opened fire. Mahathir and Musa turned out to be deadly jokers. Musa is gone but Mahathir has returned. watch out.
ReplyDelete