Pages

Sembrong - Hishamuddin's denial a naive excuse...

NONEHome Minister Hishammuddin Hussein today continued to deny that any attack on PKR members took place in his constituency.

"Firstly, Batu Empat is not inside the constituency," he told a press conference in Putrajaya.

"I don't know why they continue to mention Sembrong. The ceramah was not held there," Hishamuddin said.

Meanwhile, PKR claims that Home Minister Hishammuddin Hussein is trying to avoid his responsibilities and free himself of any blame over the violent attacks on Opposition Leader Anwar Ibrahim near Sembrong last Sunday.

Pakatan secretary-general Saifuddin Nasution Ismail (left) said today the Sembrong MP’s mere denial that the area is not within his constituency was a naïve excuse.

“He can argue that it is not within the police boundary or within his constituency but the real issue is how can Umno face the people when it had hired thugs to create the problems,” he said.

The home minister today denied the attacks on the PKR de facto leader’s car and his supporters at Batu 4, Jalan Mersing, happened in his constituency.

However, Hishammuddin promised that the police will probe and take action against those responsible.

Saifuddin told Malaysiakini that the home minister should ask the police to complete their investigations quickly as the case is a straight-forward one.

“There is no need for the police to ‘honeymoon’ in identifying the suspects.

"The kampung folks can identify the culprits. What is so difficult. I feel it would take a week or two to complete the investigations,” he said.

The windscreen of Anwar’s car suffered a crack after being hit by stones, and one person was injured on his forehead after being struck by a hard object during the attack.- malaysiakini

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini terus menafikan bahawa serangan ke atas ahli PKR minggu lalu berlaku di kawasan parlimennya.

"Pertama, Batu Empat bukan berada dalam kawasan bahagian pilihan raya saya," katanya dalam sidang akhbarnya di Putrajaya.

"Saya tidak tahu kenapa mereka terus sebut Sembrong. Ceramah itu bukan diadakan di sana," kata Hishamuddin.

"Saya difahamkan laporan polis telah dibuat, dan bagi saya, sesiapa yang bersalah tetap bersalah.

"Mereka yang bersalah akan menghadapi tindakan undang-undang di mahkamah," kata ahli parlimen Sembrong itu. - malaysiakini

Yang Maki Hamun Anwar Sahih Budak Nakal Sembrong?

Ahli Parlimen Sembrong Hishamuddin Hussein menafikan kekacauan dan gangguan ke atas ceramah Anwar Ibrahim malam Ahad lalu di Johor bukan berlaku di dalam kawasan parlimennya tetapi di Batu Empat, Kluang. Katanya anak-anak muda yang buat nakal termasuk melontar air kencing yang dimasukkan ke dalam botol mineral bukan ahli Umno yang diupah.

Cepat sangat menteri dalam negeri itu buat penafian. Saya tidak hairan sikit pun kerana menteri ini selalu buat kenyataan sebelum laporan penuh disampaikan kepadanya.

Banyak kes atau pun kenyataan dibuat mendahului laporan tiba keadaan ini menyebabkan Polis kurang senang dengan telatah menterinya itu. Al hasilnya wibawa beliau sebagai menteri boleh dipertikaikan.

Kebetulan malam kejadian itu saya berada di tempat itu. Saya tidak tahu kalau tempat Anwar ceramah itu termasuk dalam kawasan Sembrong atau tidak. Saya tidak sempat ukur tetapi menurut orang kawasan itu sempadan dengan Sembrong kerana ia dirujuk kepada Sembrong. Pejabat Keadilan sendiri menggunakan alamat Sembrong.

Mungkin apa yang saya saksi mengesahkan bahawa yang buat nakal dan bertindak seperti orang liar itu adalah orang Umno ataupun anak-anak nakal yang diupah oleh Umno Sembrong.


Ini kerana dua tiga orang anak muda yang melaung-laung dan bertempik memaki hamun Anwar benar-benar di depan mata saya memakai t-shirt berwarna hitam tertulis Sembrong 13 dan di atasnya tertera gambar Hihsmuddin pakai topi ada lambang BN.

Yang membuat bingit dengan menguatkan enjin motosikal pula memegang bendera dacing dan bendera Umno keris lucah. Mereka menyanyi lagu patriotik kepala lutut Umno dan sambil melemparkan kata-kata kesat dan menjijikkan.

Apakah itu bukan anak-anak nakal Sembrong? Atau pun mereka itu sengaja diupah oleh PKR untuk memburukkan Hishamuddin? Begitukah yang hendak disampaikan oleh Hishamuddin dengan penafian itu... nak tunjuk Umno Sembrong berakhlak dan bertamadun?


Maklumlah Anwar ini suka bersandiwara dan membuat kerja menipu? Dulu semasa di tahan dalam lokap polis, Anwar telah menghantukkan mukanya ke kepala lutut hingga lebam.

Mahathir yang ketika itu jadi PM membuat kenyataan itu. Tetapi apa yang didedah oleh suruhanjaya diraja mengesahkan mata Anwar lebam kerana ditumbuk oleh bekas ketua polis negara. Mungkin juga malam itu yang buat kacau adalah budak-budak Anwar sendiri? Kalau ketua polis sekarang sebaka dengan ketua polis dulu mungkin dia akan membuat dakwaan begitu juga, Anwar sengaja memburukkan dirinya sendiri di Sembrong.

Kata Hishamuddin polis akan menyiasat dan mereka yang bersalah tentu akan ditangkap. Itu prinsip undang-undang tetapi Hishamuddin tahu sejauh mana prinsip itu dilaksanakan.

Bagaimapun janji itu bagus. Tetapi jangan pula selepas dijalankan siasatan polis tangkap Anwar. Untuk membuktikan Anwar yang arah budak-budak nakal lagi liar itu diletakkan dua tiga helai baju t shirt Sembrong 13.

Kalau ini berlaku ia tidak pelik kerana sudah acap kali taktik demikian diperlakukan.- mohd sayuti omar,msomelayu.blogspot.com

No comments:

Post a Comment