Pages

Ambiga: Najib tidak boleh abaikan perhimpunan Bersih 3.0

April 29, 2012
KUALA LUMPUR, 29 April  - Datuk Ambiga Sreenavasan percaya pentadbiran Najib perlu melihat semula keganasan yang berlaku semalam semasa Bersih3.0 di Dataran Merdeka dan peserta menuntut pilihan raya adil dan bersih telah keluar dengan jumlah yang besar.
Pengerusi bersama Bersih itu berkata kepada The Malaysian Insider, kerajaan tidak boleh membutakan mata terhadap insiden semalam kepada ribuan peserta yang sanggup turun ke jalanan untuk perhimpunan itu. Perhimpunan dan keganasan semasa perhimpunan itu mungkin menjadi faktor pilihan raya mungkin diadakan awal 2013.
"Sekiranya mereka mengambil berat perkara itu, mereka tidak akan mengabaikan pandangan yang diutarakan oleh rakyat Malaysia bukan sahaja di dalam negara, malah di seluruh dunia," katanya yang dihubungi semalam.
"Jika kamu tidak melihat daripada peserta demonstrasi semalam yang tidak berpuas hati dengan sistem pilihan raya negara ini ... dan jika menukarkan perkara ini menjadi perbahasan, ia adalah tindakan yag salah," tambahnya.
Ambiga, bagaimanapun, mengakui terdapat sesetengah insiden negatif yang terpaksa di hadapi Bersih akibat tindakan sesetengah peserta semalam yang menggunakan perhimpunan itu untuk menyerang polis.
Beliau berkata, sesetengah pihak mungkin melihat Bersih 3.0 telah "melakukan kesalahan".
"Bercakap dari pihak kerajaan, mereka perlu melihat dengan lebih jauh dan tanya diri mereka sendiri - kenapa orang ramai semalam seperti bersedia meletakkan diri mereka dalam situasi seperti itu untuk pilihan raya adil dan bersih?" katanya.
Ribuan rakyat Malaysia di Kuala Lumpur, bandar-bandar di seluruh negara, dan seluruh dunia terlibat dalam perhimpunan Bersih 3.0 semalan menuntut pilihan raya yang adil dan bersih.
Perhimpunan itu berlangsung dengan aman bertukar ganas apabila pemimpin Bersih mengatakan perhimpunan itu perlu ditamatkan apabila perusuh mula melanggar halangan yang dibina polis di sekeliling Dataran Merdeka, atas perintah mahkamah.
Rusuhan mula berlaku apabila polis mula menahan peserta rusuhan hampir empat jam selepas Bersih 3.0 diisytiharkan tamat oleh pemimpinnya apabila perusuh dianggarkan 1,000, enggan meninggalkan kawasan demonstrasi.
Terdapat juga perusuh yang mencabar dan memperolok-olokan pihak pikis walaupun menerima arahan untuk bersurai.
Perhimpunan bertukar ganas apabila pihak polis menangkap seorang lelaki di Jalan Tun Perak yang mana penyokong mula membaling objek seperti botol, dan kepingan konkrit ke arah polis
Disebalik kekecohan itu, turut terdapat khabar angin ada empat perusuh meninggal dunia dalam perhimpunan tersebut, dengan seorang daripanya dikatakan mati ditembak, menambah kemarahan peserta.
Turut dikatakan kenderaan membawa Datuk Bandar KL, Tan Sri Ahmad Fuad Ismail terpaksa membuat pusingan U berhampiran Masjid Jamek apabila bertembung dengan perusuh.
Mereka membaling kasut dan kepingan konkrit ke arah polis dan memecahkan cermin kereta berkenaan.
Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) secara peribadi turut mengakui keganasan itu adalah lebih teruk daripada perhimpunan tahun lalu, dan cubaan "mengawal perusuh" adalah teruk.
"Arahan untuk bersurai telah dibuat, pulang ke rumah masing-masing.
"Pemimpin Pakatan kata dah selesai. Jika kamu masih berdegil, tanggung sendiri," kata Unit Amal PAS kepada perusuh semasa perhimpunan Bersih semalam.

No comments:

Post a Comment