Kenyataan DBKL baru-baru ini bahawa Dataran
Merdeka hanya dibenarkan untuk kegunaan acara peringkat nasional adalah
mengelirukan.
PETALING
JAYA: Orang ramai digesa mengabaikan larangan Dewan Bandaraya Kuala
Lumpur (DBKL) menggunakan Dataran Merdeka sebagai tempat himpunan
Bersih 3.0 bagi menuntut pilihan raya yang bebas, bersih dan adil Sabtu
ini.
Presiden Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin
berkata, kenyataan DBKL baru-baru ini bahawa Dataran Merdeka hanya
dibenarkan untuk kegunaan acara peringkat nasional adalah mengelirukan.
“Perhimpunan Bersih 3.0 bukan sahaja acara nasional tetapi juga
internasional kerana turut diadakan di puluhan bandar lain di seluruh
dunia dengan maksud yang sama,” katanya dalam satu kenyataan media hari
ini.
Badrul Hisham @ CheguBard berkata, pihaknya bersimpati dengan DBKL
yang diperkuda oleh kerajaan Umno-Barisan Nasional BN) untuk mereka
terus kekal berkuasa.
“Kami mencadangkan agar hanya ada satu Himpunan Bersih 3.0 sahaja
iaitu di Dataran Merdeka sesuai dengan nama dan semangat lokasi
tersebut dan tidak perlu perubahan.
Menurut CheguBard, Umno-BN sudah banyak belajar dari beberapa siri kebangkitan kecil rakyat dalam negara sebelum ini.
“Kali ini nampaknya pihak penguasa akan diarahkan supaya bertindak
selembut mungkin, media dilarang memberikan publisiti termasuk mengutuk
himpunan Bersih.
“Oleh kerana Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) terpaksa
mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) dalam masa terdekat maka semua agensi
terpaksa bertindak lembut untuk membolehkan PRU pincang berjalan juga
sekitar sebulan dua ini.
“Kesempatan ini harus diambil sepenuhnya oleh rakyat untuk turun
seramai mungkin meraikan Himpunan Bersih 3.0 bertemakan ‘Duduk Bantah’
bagi menunjukkan solidariti rakyat menuntut hak untuk pilihan raya
bebas, bersih dan adil,” terang beliau.
No comments:
Post a Comment