Janji di mungkiri.
Najib
kata beri BN peluang untuk Selangor? peluang untuk apa? Merompak dan
menyamun perbendaharaan negeri? Penjual tempe tersohor di negara ini
meninggalkan rezeb tunai sebanyak RM 800 juta. Goga dan gegak gempita
laungan bongkak nya. Hanya dalam 4 tahun Khalid Ibrahim yang `gagap’ itu
memberi Selangor rezeb RM 2 billion lebih. TV UMNO dan akhbar UMNO
tidak jantan mahu melapurkan ketika negeri2 di bawah UMNO berhutang
banyak dengan kerajaan Federal.
UMNO atau Pakatan yang lebih baik? Kalau
ada apa apa pengajaran yang Khir Toyo tinggalkan ianya adalah- dengan
jual temped an cabut gigi, orang Melayu boleh memiliki rumah berharga RM
18juta. Saya berjanji tidak akan memperlekehkan tempe lagi.
Semasa Khir Toyo memerintah Selangor, royalty dari perlombongan pasir ialah RM 12 juta. Semasa Khalid Ibrahim jadi MB, royalty
meningkat kepada RM 30juta. Ini sudah cukup membuktikan bahawa
pengawalan dan pemantauan keluar masuk lori, bertambah baik di bawah
pentadbiran Khalid Ibrahim. dan saya percaya jika di lakukan dengan
lebih terperinci, ianya akan bertambah baik dan meninggalkan cakap besar
kesemua MB Selangor yang terdahulu sebelum Khalid, didalam bakul sampah
sejarah.
Dan melalui syarikat
milik kerajaan Alam Semesta, Selangor memperolehi pendapatan RM 110
juta. Ini bermakna, Selangor sepatutnya sudah dapat menambahkan hasil
perlombongan pasir sebanyak RM98 juta lagi sejak lama dahulu, soalan
nya, kemanakah RM90 juta itu pergi kalau tidak kedalam poket pemimpin
UMNO?
Ianya akan lebih baik, jika hanya syarikat
milik kerajaan sahaja yang di benarkan melombong pasir, kumpulkan pasir
pada suatu tempat bonded, dan menawarkan penjualan pasir kepada sesiapa
yang hendak membeli nya. Itu
akan bermakna semua pembeli bertaraf sama dan serupa. Hendak beli
pasir, pergi ke pasar raya pasir. Kecurian pasir dan kehilangan royalty akan di kurangkan, hasil untuk kerajaan akan meningkat.
Kalau
tidak lori2 rakan ketua UMNO Bahagian, ketua MCA Bahagian dan Ketua MIC
bahagian akan terus bermaharajalela mencuri pasir dan mengkespot pasir
ke singapura.
Kerajaan
Selangor mesti dedahkan siapa petualang bangsa yang curi pasir Selangor
dan jual ke Simgapura. Petualang negara mesti kita jel.
Kepada
rakyat Selangor, kalau hendak elak dari di rundung mala petaka, jangan
beri BN peluang lagi. Kita sama sama takqinkan UMNO dan BN. kalau beri
peluang kepada pemimpin parti yang mengharamjadahkan rakyat nya sendiri,
Selangor mengundang sial.
Sunguh
hairan kita nada Najib yang merayu di beri pelaung sedangkan semasa di
iringi pasukan motor mat rempit suatu masa dahulu, dia dengan bongkak
nya berkata- kita akan tawan Selangor! mengapa nada sombong bertukar
kepada nada orang yang insafkan diri? Sebab akhirnya dia sedar, hendak
tawan Selangor tidak ada harapan.
One , two, three, four
Lima, enam, tujuh, lapan
Dato Najib cakap besor
Hendak tawan Selangor, tiada harapan.
Kalau
kita beri peluang kepada macai2 Najib memerintah Selangor, mereka akan
sapu habis tanah2 dalam negeri Selangor. mereka akan mengagihkan
perlombongan pasir sesama sendiri dan terus menafikan rakyat Selangor
pendapatan potensi sebanyak RM 90-100 juta lagi.
Najib
hendak cakap besar mengenai bangunan Felda apa guna? Wang dari kelapa
sawit yang di usahakan oleh Felda di guna untuk bangunkan bangunan yang
berprestij, tapi siapa yang guna? Peneroka Felda?
Counter
FGV baik- tapi baiknya untuk siapa? Peneroka dan perkerja Felda dapat
5.5% saham- orang lain melembukan dan mengudakan orang Felda dapat 94.5%
saham. Itu sebabnya saya kata, penyeneraian Felda ini adalah suatu yang
unconscionable atau tidak berhati perut. Orang Felda menggadaikan
360,000 hektar tanah sawit yang boleh menempatkan 80,000 peneroka. Ini
tidak akan di dapat semula. Tanah 10 ekar yang peneroka felda miliki
sekarang akan di faraidkan sebagai warisan, akan menjadi semakin kecil.
Peneroka akan berkongsi kesengsaraan bukan keayaan.
Jadi,
jangan kehulu kehilir jual ubat untuk penawar segera. Dasar yang di
jalankan oleh UMNO ternyata gagal. Sebab itu kena rasuah rakyat dengan
RM 500 seorang. Selama 50 tahun memerintah, nilai rakyat marhaen rupa2
nya RM 50 seorang.
Saya
membaca suatu komen dalam blog saya yang mengatakan majoriti sudah
sesuai dengan a proven government. Proven apa? Kalau ada yang sudah
membuktikan kejujuran dan pertangungjawaban kepada amanah, ianya adalah
kerajaan2 Pakatan Rakyat. Lihat saja rekod mereka berbanding dalan rekod
kerajaan UMNO yang menyamun dan merompak dan membuli rakyat.
Kita
semua tahu, UMNO suka memutar belitkan maklumat. Ini sahajalah yang
dapat mereka lakukan apabila rakyat kian hari memandang UMNO itu sebagai
jenama yang buruk. Bahkan hari ini, kalau Najib masih belum tahu, orang
mengibaratkan UMNO itu= United MUnafik National Organization. Seluruh kehidupan dan keujudan UMNO di asaskan di atas dusta dan penipuan dan putar belit keatas rakyat.
UMNO
sudah jadi sinonim dengan rasuah dan beli undi, penipuan, kezaliman dan
semua apa apa yang di tuduh oleh UMNO terhadap parti lawan. Apa yang UMNO tuduh terhadap parti lawan, itulah UMNO yang sebenarnya.
No comments:
Post a Comment