23 OGOS — Dalam kumpulan syaitan, penghulu nya ialah Iblis.
Maka jika Dr Mahathir kata BN adalah syaitan, maka Umno sebagai ketua ,
mestilah Iblis. Bukan saya yang kata, Dr Mahathir, bekas Presiden Umno
yang kata. Oleh kerana ia datang dari Dr Mahathir, maka ianya mestilah
suatu kebenaran. Umno ialah parti Iblis.
Jumlah penduduk negara ini ialah kira-kira 29 juta orang. Dari jumlah
tersebut, Melayu merupakan 65 peratus, Cina 25 peratus , India 7.5
peratus dan lain-lain sebanyak 1.3 peratus. Dalam lain perkataan jumlah
orang Melayu lebih kurang 19 juta orang.
Ahli Umno ialah sebanyak 3.2 juta. Atau 1 dari 6 orang Melayu ialah
ahli Umno. Kita ramai dari ahli Umno. Kita ramai, mereka sedikit. Jadi
tak perlu takut apa apa pada Umno. Kalau ahli Umno mati, ada 5 lagi
orang Melayu. Jadi tidak benar kalau Umno mati, maka orang Melayu akan
hancur.
Seorang ahli Umno mati, ada 5 lagi Melayu yang boleh mendukung Islam
dan mendaulatkan Raja2 Melayu. Jadi tidak benar juga kalau Umno mati,
maka Islam dan Raja-raja Melayu akan musnah. Yang mati Dr Mahathir,
Najib, Muhyiddin, Noh Omar. Melayu lain terus hidup. Demikian juga.
Kalau MCA mati, orang Cina lagi kuat hidup. Kalau MIC mati, orang India
tetap hidup.
Demikian juga kita menolak hasutan Umno. Umno kata kalau Umno tewas
maka orang Cina akan ambil alih pemerintahan negara. Kita ada 6 orang,
Cina 3 orang dan India seorang. Bolehkah 3 orang melebihi 6 orang? Kalau
India dan Cina bergabung, adakah 4 orang lebih besar dari 6 orang?
Oleh kerana Umno cakap dalam bahasa bodoh, maka kita jawablah dalam
bahasa yang bodoh-bodoh. Mungkin kita kena cakap bahasa bodoh-bodoh
mulai sekarang sebab Dr Mahathir kata, ahli Umno semuanya hampas.
Yang jadi sasaran khianat puak Umno ialah DAP. Sebab Umno iri hati
DAP boleh bermuafakat dengan PAS. Lagi pun orang Melayu merasakan tidak
ada masaalah menyokong DAP sebab mereka tetap Melayu dan tetap Islam.
Kita tukar wadah, bukan tukar aqidah.
Kita ada 222 kerusi Parlimen. Siapa dapat 112 kerusi, dapatlah
membentuk kerajaan majority mudah. Berapa kerusi yang akan DAP tandingi?
Adalah sebanyak 50 kerusi mungkin. Kalau menang semua pun, takkan boleh
menubuhkan kerajaan.
Mengapalah Umno mahu membodohkan orang Melayu?
Ingat, dari 6 orang Melayu hanya 1 sahaja ahli Umno. Kita ramai,
mereka sedikit. Mati seorang ahli Umno, ada 5 lagi orang Melayu. Takde
hal.
Kalau Umno mati, maka agama Islam akan musnah? Kita tak perlu jawab
kenyataan bodoh seperti ini. Tidak semua orang Cina kristian. Lebih
ramai Cina dan India bukan beragama Kristian. Lebih elok orang Cina
mengkristiankan orang Cina dan India terlebih dahulu daripada bercakap
mengenai mengkristiankan orang Melayu.
Ramai dikalangan kita di lahirkan waktu malam. Tapi kita tidak lahir
malam semalam. Umno boleh kelentong ahli-ahli mereka jika mereka mahu,
tapi janganlah anggap orang Melayu lain bodoh dan lahabau macam ahli
Umno.
Baru-baru ini, Pemuda Umno membuat lapuran polis kerana ada
penyibaran di Internet mengatakan bahawa kalau kita mahu agama Kristian
jadi agama rasmi, maka undilah Pakatan. Kita tidak tahu sama ada siaran
Internet ini dilakukan oleh Pemuda Umno atau tidak. Tapi ada kemungkinan
besar ianya kerja Pemuda Umno yang kian terdesak. Setelah mendapati
menebal muka di stesyen bas, keretapi dan mengagihkan sogokan barangan
dan juadah tidak berhasil, besar kemungkinan Pemuda Umno tukar kepada
tektik jahat. Menghasut. Kalau ia disiarkan melalui Internet, kita suruh
lah MCMC menyiasatnya. Tentu dengan pantas mereka akan tahu, darimana
mulanya penyiaran nya.
Pengalaman saya dalam Umno mengatakan bahawa tidak mustahil kerja
kotor ini dilakukan oleh Umno. Bukankah Dr Mahathir mengakui bahawa Umno
syaitan? Dalam BN, Umno adalah penghulu syaitan. Penghulu syaitan ialah
Iblis. Bolehlah kita sebut Umno sebagai Tun Iblis. MCA Tan Sri syaitan.
Dan MIC Datuk syaitan.
Semenjak tahun 1981, Umno dipimpin oleh seorang India. Ketika Riz
Khan, pengacara temubual CNN bertanya Dr Mahathir adakah Tuan seorang
India? Dr Mahathir menjawab dia “by definition” adalah seorang Melayu.
Apalah yang susahnya nak jawab dia Melayu atau tidak? Sebab dia bukan
Melayu kerana itulah dia berbelit-belit nak jawab dia Melayu. Definisi
Melayu amat mudah, beragama Islam bercakap Melayu dan berbudaya Melayu
adalah Melayu. Maka tidak hairanlah kita bila Dr Mahathir kata pendatang
haram yang masuk ke Sabah adalah Melayu sebab dari definisinya mereka
telah memenuhi syarat-syarat seperti jugak Dr Mahathir.
Dan semenjak tahun 1981, dasar ekonomi kerajaan Umno/BN adalah pro
kaya. Pro golongan elit. Umno pegang kuasa, menguasai kerajaan dan
setiap struktur kerajaan. Dengan ada kuasa tentulah munasabah kita
sangka bahawa banyak kepincangan dalam negara kita, terutama yang
melibatkan kepentingan Melayu sudah dibaiki. Rupa-rupanya tidak.
Jurang pendapatan dikalangan orang Melayu adalah yang terbesar. Jika
kita bandingkan jurang pendapatan di kalangan Cina sama Cina atau India
sama India. Apa pasal? Sebab dasar kerajaan seperti perbelanjaan
kerajaan atau public expenditure adalah pro orang kaya.
Sebab itu saya kata, dasar Umno ialah BumiPutera. Dalam istilah
tersebut terdapat dua komponen. Bumi mewakili rakyat biasa manakala
Putera mewakili Melayu elit, bangsawan, anak raja, anak pemimpin Umno
dan seumpamanya. Yang makin kaya ialah golongan Putera dan yang makin
menderita ialah golongan Bumi.
Kita ambil contoh. Peneroka FELDA boleh kita anggap sebagai orang
Melayu biasa. Ada 112, 655 keluarga FELDA. Bila syarikat FELDA
disenaraikan, setiap keluarga dapat 800 unit. 800 unit kalau di jual
dapat wang pendapatan. Isa Samad mewakili Melayu terpilih. Mengikut
cerita dia dapat 180,000 unit saham. Kita terima ini sebagai benar
walaupun kita tahu Isa Samad dapat juta-juta unit saham FGV.
Kalau kita banding pendapatan peneroka (Melayu biasa) dengan Isa Samad (Melayu elit), bagaimana?
Katalah premium saham ialah RM1. Tanpa menolak kos pembiayaan
pembelian saham, Melayu biasa dapat RM800. Melayu istimewa dan elit
dapat RM180,000. Berapa kali ganda pendapatan tersebut? 225 kali lebih
besar.
Jadi kita tahu dan sedar bahawa penyenaraian FGV adalah satu lagi
dasar PM Najib yang pro Putera dan bangsawan daripada pro rakyat biasa.
Ini pun masih tidak disedari oleh orang Melayu. — sakmongkol.blogspot.com
* Sakmongkol AK47 is the nom de plume of Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz. He was Pulau Manis assemblyman (2004-2008).
No comments:
Post a Comment