Najib cuba menyuntik jarum halus dengan mengabui pemikiran masyarakat disaat menghadapi pilihan raya.
KUALA
LUMPUR: PAS percaya Pilihan Raya Umum 13 (PRU13) merupakan peluang
terbaik buat masyarakat Melayu merdeka daripada cengkaman Umno.
Sekaligus keluar daripada kepompong politik sempit Melayu-Umno
dan kembali semula kepada bangsa Melayu sejati, kata Naib Presiden PAS
Datuk Mahfuz Omar.
Beliau menegaskan, 3.4 juta ahli Umno tidak boleh dijadikan penentu
kepada keseluruhan survival kira-kira 15 juta orang Melayu di negara
ini.
“PAS percaya PRU13 peluang untuk Melayu merdeka dan
menghapuskan politik perhambaan Melayu Umno-Barisan Nasional (BN),”
katanya dalam sidang media di Pejabat Agung PAS di sini hari ini.
Beliau menangkis dakwaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak
yang mengatakan PRU13 penentu survival politik bangsa Melayu
secara keseluruhan.
Najib dalam ucapannya semasa majlis penutup persidangan
perwakilan Umno Bahagian Pekan minggu lalu berkata orang Melayu perlu
sedar bahawa hanya Umno yang menjadi parti teras dalam BN akan
dapat meneruskan perjuangan bangsa dan agama.
Jarum halus
“Kalau mahu kekalkan teras pemerintahan, pastikan Umno menang.
Jika sebaliknya berlaku, buruk padahnya,” katanya dipetik Bernama.
Mahfuz berkata, Najib cuba menyuntik jarum halus dengan
mengabui pemikiran masyarakat disaat menghadapi pilihan raya dengan
memainkan sentimen ‘Skim Takut 1Malaysia’ (ST1M) yang berbaur
perkauman semata-mata untuk mengekalkan kuasanya.
“Diingatkan yang akan terjejas PRU jika rakyat buat pilihan
ialah survival politik Umno, bukan survival politik Melayu…ini
sangat berbeza,” katanya.
Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata, hakikatnya 55 tahun
merdeka Melayu masih jauh ketinggalan dari segi pemilikan ekuiti, malah
RM52 bilion saham Bumiputera kini hanya tinggal RM2 bilion.
“Lebih malang 80 peratus yang memiliki pendapatan RM1,000
kebawah adalah orang Melayu…yang senang lenang ialah segelintir
daripada pemimpin Umno,” katanya.
No comments:
Post a Comment