Ahli MKT yang
bantai dan tibai dan balun Dato Najib- mereka semua bercakap mengenai
kebimbangan mereka. Keadaan UMNO teruk, Najib masih hendak main PR. Kali ini
nak dapat 100 kerusi parlimen pun sesak. Taib Mahmud sudah memerintah Sarawak
tanpa UMNO lebih dari 20 tahun. Dia boleh memilih untuk berganding dengan sesiapa.
diSibu- walaupun Najib dan Taib Mahmud berikrar cinta mencintai, Taib Mahmud
dan PBB have no love lost dengan UMNO. Mereka tidak memerlukan UMNO. UMNO akan
tewas. 16 kerusi parlimen di Sarawak akan terbang.
Dan segera
saya hendak ingatkan, bila UMNO tewas, orang Melayu tidak akan mati. 1 dari 6
orang Melayu dalam negara ini ialah ahli UMNO. Seorang ahli UMNO mati, masih
tinggal 5 orang Melayu yang lain kan? Yang mati ahli UMNO, bukan Melayu.
Seorang pegawai
tinggi kerajaan yang saya kenal semasa belajar di UM dahulu menalipon tanya
saya. Kalau kerajaan baru ambil alih, apa jadi kepada civil service? saya jawab
tanpa ragu2- our civil service dan segala intruments of government tetap
dikekalkan. Kerajaan baru memerlukan semua instruments of government untuk
memerintah. Yang kita nak singkir ialah bad hats. Yang tiada hanya menteri UMNO
dan kehilangan mereka tidak membawa mudharat langsung. PR will still need all
the good civil serrvants, all the good policemen, all the good military men and
semua yang lain lah. Jadi beritahu sahabat2 kita dalam kerajaan, yang
ditiadakan ialah lanun2 dan perompak UMNO.
Pemimpin UMNO
yang masih bersahabat dengan saya menyatakan Najib macam tak tahu bagaimana
menangani keadaan. Isiu demi isiu mendedahkan pembelotan UMNO keatas
kepentingan orang Melayu. Ahli UMNO sendiri meluat dan menyampah dengan penggayaan
isteri PM, Rosmah Mansor yang berlagak macam Imelda Marcos atau Susan Mubarak. Orang
Melayu bukan Melayu bodoh lagi. Mereka melihat dan berfikir. Rata2 orang Melayu
menyatakan cukuplah mereka dilembukan. Biarlah lembu kekal jadi lembu, tak
sanggup orang melayu menjadi lembu dan dilembukan.
Tun Daim
pun kata pada saya- Najib hasn’t got what it takes to run the counry. Style aristocrat
ada, substance leadership tak ada. Semua orang risau mengenai kemampuan
kepimpinan Najib.
Tambah
lagi, UMNO kena serang dari golongan mereka sendiri. Apa2 kenyataan dari Dr
Mahathir menambahkan sakit kepada UMNO. Mengikut Dr Mahathir, kalau UMNO/BN
kalah, maka kemakmuran negara akan tergugat. Bagaimanakah penyingkiran kerajaan yang korap
dan incompetent boleh menerukkan kemakmuran negara? Kalau kerajaan UMNO diganti
dengan kerajaan yang lebih cekap, kemakmuran negara akan jadi lebih baik. Tidakkah
orang Melayu tidak mahukan tiadanya rasuah?
Lihat rekod
negeri2 yang dipimpin oleh PR. Semua nya mendapat lapuran terbaik dari Lapuran
Audit Negara. Kedah yang dipimpin oleh seorang ustaz itupun, dapat
melipatgandakan hasil dari industry pembalakan. Dari RM12 juta setahun semasa
kerajaan UMNO, kepada RM70juta setahun dibawah kerajaan PR. Kenapa semasa UMNO
hasil kecil? Sebab hasil hutan banyak dibalun oleh puak UMNO. Negeri mampus tak
apa. poket peribadi penuh.
Daripada 5
buah negeri yang mendapat pelaburan asing yang tertinggi, 3 darinya adalah
kerajaan PR. Kelantan tidak berhutang dengan kerajaan pusat. Penang membayar
hampir semua hutang kerajaan pusat. Selangor bukan sahaja tidak berhutang tapi
menambahkan reseb tunai hampir RM2 billion.
Maka jawapan
kepada cynicism yang mengatakan kalau PR memerintah dia orang akan sama sahaja
dengan BN, TIDAK betul. Kita ada rekod untuk backup janji kita. UMNO hanya buat
janji tapi rekod nya amat buruk. Kita ada semua alasan untuk beranggapan bahawa
jika UMNO memerintah, keadaan akan bertambah beruk.
Maka yang
amat ditakuti oleh UMNO dan Dr Mahathir bukanlah UMNO kalah- tapi yang mereka
betul2 seram ialah selepas UMNO, rakyat akan sedar bahawa rupa2 nya ada
kehidupan yang lebih baik seleapas UMNO. Maka marilah kita sama2 berazam dan
bertekad, menyingkirkan UMNO secepat mungkin.
Mengenai Najib
kena balun oleh MKT? the chickens have come home to roost.
No comments:
Post a Comment