Pages

KES NAMA HILANG: Adakah Dr M bekas pemimpin kedua terkaya dengan harta $ 44 BILLION?

Written by  Joe Fernandez, Wong Choon Mei, Malaysia Chronicle

Perkara yang paling aneh berlaku sehari yang lalu apabila nama bekas perdana menteri Malaysia, Mahathir Mohamad telah dengan misterinya dipadam dari senarai Wikipedia yang memberi maklumat tentang harta yang dimiliki oleh pemimpin semasa dan bersara di negara-negara serata dunia.
Dengan menyebut 53 rujukan, Wikipedia telah menyenaraikan Mahathir sebagai bekas pemimpin negara yang kedua terkaya di dunia selepas Presiden Mesir, Hosni Mubarak yang memiliki sejumlah sekitar US $40 ke US$ 70 billion.
Walau bagaimanapun, laman Wikipedia yang masih boleh dilayari di Malaysia, nama Mahathir dengan misterinya telah dipadam pada hari Isnin 17 Disember 2012 beberapa minit selepas Malaysia Chronicle menyiarkan berita Mahathir now the world's second richest ex-leader with US$ 44 BILLION? (Mahathir sekarang bekas pemimpin kedua terkaya dengan harta sejumlah US$ 44 Billion?)
(Sila rujuk pada versi bergambar laman web dimana nama Mahathir disenaraikan dengan jelas selepas Mubarak dan bandingkan ia dengan versi seperti di pautan
(http://en.wikipedia.org/wiki/List_of_heads_of_state_and_government_by_net_worth.)
Harus diingatkan bahawa berita itu ditulis bukan berniat jahat tetapi berdasarkan dakwaan Wikipedia bahawa Mahathir memiliki sejumlah US$ 44 billion. Jika benarlah dakwaan ini, ia pasti ada implikasi buruk bagi Malaysia dan Mahathir kerana bagaimana seorang perdana menteri yang dipilih rakyat memperolehi begitu banyak kekayaan tanpa melibatkan diri dalam aktiviti yang korup.
Sama ada Mahathir benar-benar memiliki harta sejumlah US$ 44 billion atau tidak, tiada siapa yang tahu. Dan seperti namanya yang tiba-tiba hilang dari senarai Wikipedia, konvulsi kompleks yang perlu dirungkai untuk mengetahui sejauh mana kayanya Mahathir dan keluarganya akan memerlukan lebih dari gabungan penyiasat Hercule Poirot dan Miss Marple. Sekumpulan pasukan terdiri daripada akauntan, para audit, pakar kewangan dan perbankan akan diperlukan, tidak kurang daripada itu.

Mengugut Taib dan Jeffrey?

Walaupun begitu, menurut salah satu daripada sumber rujukan Wikipedia, modus operandi Mahathir boleh dijelaskan melalui penjelasan dan pemahaman logik dari apa yang dilakukan oleh Mubarak contohnya dengan melibatkan diri dalam setiap urusan perniagaan di dalam negara dengan adanya monopoli, birokrasi, rasuah, nepotisma dan banyak lagi. http://www.financetwitter.com/2011/02/marcos-mubarak-mahathir-whos-the-richest-man.html
Mahathir mula memegang kuasa pada 1981dan hanya bersara pada 2003. Pada era 1980-an, keadaan politik dan ekonomi Malaysia tidak stabil dan Mahathir bergelut untuk mengekalkan kuasanya dalam parti, keatas lawannya dan juga kerajaan. Wang sentiasa membantu dalam apa jua masalah. Ini merupakan sesuatu yang Mahathir, sekarang berusia 87 tahun telah sedari pada masa itu.
Ada pemerhati politik percaya bahawa dia telah mengukuhkan kedudukannya dengan mengumpul wang untuk membiayai kerjaya politiknya yang lama dengan pada mulanya menjadikan orang kuat Sabah, Jeffrey Kitingan sebagai mangsa dan seterusnya Taib Mahmud di Sarawak. Dan hingga kehari ini, Taib dituduh masih ‘membiayai’ Mahathir untuk membolehkannya terus berkuasa sebagai ketua proksi Putrajaya di Borneo.
Tidak mungkin Taib boleh kekal sebagai Ketua Menteri begitu lama di Sarawak dan langsung tidak dijentik oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) tanpa dia memberi balasan kepada mereka yang berkuasa di Putrajaya, pusat pentadbiran kerajaan persekutuan. Pada masa yang sama, mereka yang berada di Putrajaya menggunakan Taib untuk merompak hasil kekayaan di Sarawak.
Tidak hairanlah jika semua tahu bahawa Mahathir tidak pernah suka pada Taib dan pernah cuba untuk memperkecilkannya sejurus selepas menjadi perdana menteri pada tahun 1981 dengan hanya menyerahkannya jawatan sebagai menteri wilayah persekutuan untuk menunjukkan ketidakpuasan hatinya pada Taib. Mungkin ada sebab disebalik kegilaan ini. Kebencian Mahathir pada Taib mungkin akan menyebabkannya kehilangan sesuatu yang amat berharga. Jadi, dia mesti menundukkan Sarawak dan menjadikannya patuh pada Putrajaya sebagai tabungan.
Jeffrey tidak mahu kehilangan satu sen pun dari Mahathir sebelum ISA

Taib ‘tidak mahu’atau menolak perlantikannya sebagai menteri wilayah persekutuan dan kembali ke Sarawak dengan satu misi. Sejurus selepas Mahathir menjadi Perdana Menteri, dia mahu mengambil alih tugas bapa saudaranya, Abdul Rahman Ya’kub sebagai Ketua Menteri. Pada masa itu, Sarawak United People’s Party (Supp) dibawah Stephen Yong mengugut untuk meninggalkan BN selagi Rahman yang anti bukan Islam menjadi Ketua Menteri.
Jeffrey, sepertimana keadaan politik di Sabah dimana tidak menjadi rahsia, tidak mahu kehilangan walau satu sen pun wang kepada Mahathir dan Mahathir secara kebetulannya, menjatuhkan Jeffrey dengan menahannya dibawah undang-undang Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selama 2 tahun.
Jeffrey telah dituduh Mahathir merancang mengeluarkan Sabah dari Malaysia secara paksaan dan menjadikan ia sebagai Republik Kristian dengan dirinya sebagai Presiden. Di Sabah, Mahathir telah dipercayai menjadi dalang yang mengaut semua wang yang ada didalam akaun luar negara milik Jeffrey untuk dirinya sendiri dan menjatuhkan Jeffrey hanya sejurus sebelum pilihanraya negeri itu bermula pada tahun 1994.
Kenyataannya, Jeffrey, yang pada suatu masa, begitu kaya sehingga tidak boleh dibayangkan telah tiba-tiba jatuh miskin setelah ditahan di bawah ISA.
Pembela Mahathir mendakwa bahawa ramai pemegang amanah Jeffrey dan penamanya lari bersama jutaan ringgit yang disimpannya di luar negara, urusniaga di Sabah dan di tempat-tempat lain. Ada yang menyebut, jumlah hartanya di Australia adalah sebanyak US$ 700 juta.
Pemegang amanah dan penama ini tidak lagi bersama Jeffrey namun ada diantara mereka telah mengadakan urusan perniagaan bersama parti pemerintah terutamanya permerdagangan balak yang dipercayai untuk membiayai kerjaya politik Jeffrey sekarang mungkin kerana mereka merasa bersalah di atas apa yang telah berlaku dahulu.
Penahanan Jeffrey kerana ‘Republik Kristian’ kebiasaan Dr M mengalih perhatian perebutan wang?

Tidak diketahui jika dan berapa banyak Mahathir dan/atau negeri itu mungkin telah ambil atau denda Jeffrey secara rasmi atau tidak. Tetapi ini tidak memberhentikan cakap-cakap di kedai kopi di Sabah.
Satu petunjuk datang dari US$ 4 bilion yang disebut Mahathir dari laporan Prince Waterhouse ke atas audit yang dijalankan ke atas Yayasan Sabah semasa Parti Bersatu Sabah memimpin kerajaan negeri pada1994 sedang mengalami kejatuhan. Laporan membuat penemuan ada perbezaan ketara antara harga sebenar atau harga pasaran balak dengan harga kontrak jangka panjang yang jauh rendah.
Mahathir mungkin juga telah cuba mengalih perhatian dari dirinya yang sedang mencuri wang Jeffrey dengan cuba membuktikan bahawa wang itu ada tetapi hilang semasa pemerintahannya pada masa dia menerajui Yayasan Sabah.
Jawapan yang telah diberikan Jeffrey apabila isu itu diketengahkan adalah Mahathir berbohong. Menurut Jeffrey, balak tidak boleh dijual mengikut harga tetap. Lebih banyak jumlah yang dibeli, lebih murah harganya dan begitu juga sebaliknya. Lagipun, harganya pada masa hadapan tidak akan sama.
Taib lebih bernasib baik

Walaubagaimanapun, kebenaran mungkin terletak diantara cerita Mahathir dan penerangan Jeffrey. Dalam apa jua keadaan, pemimpin pembangkang Sabah itu tidak pernah didakwa atas tuduhan rasuah.
Tetapi tidak seorang pun akan menafikan bahawa Jeffrey terlalu kaya pada suatu masa dahulu dan sekarang hanya bergantung kepada pencen yang diberi oleh Yayasan Sabah, parlimen dan dewan negeri. Jika kesuntukan wang, dan bekas pembantunya
atau pemegang amanah tidak mampu untuk menyediakan wang secepat mungkin, dia akan menjual tanah ataupun hartanya atau meminta bantuan abangnya, Joseph Pairin Kitingan, Huguansiou ketua kaum kadazan tertinggi di Sabah.

Jika khabar angin itu benar, Mahathir tentunya sudah mendapat begitu banyak kalau bukan dari Taib, tentunya dari Jeffrey untuk mengisi geroboknya namun bekas Perdana Menteri itu masih memastikan pemimpin Sarawak itu menikmati kemewahan agar orang Islam mendominasi negeri majoriti Dayak beragama Kristian itu.
Dalam kes Jeffrey, Mahathir mungkin mahu memufliskannya sama sekali supaya orang Kristian, penduduk asal di Sabah tidak mempunyai modal untuk menentang dari segi politik sekaligus mencabar tindakan Putrajaya untuk meminggirkan dan menyekat mereka melalui pengasingan kaum secara sistematik, prejudis dan opportunisma seperti yang jelas dalam polisi penjajahan dalaman.
US$ 100 billion hilang semasa pemerintahan Dr M

Jeffrey dan Taib mungkin sasaran awal bagi Mahathir, dengan hidangan utama telah dimamahnya sepanjang 22 tahun pemerintahannya sebagai PM.
Dalam buku tulisan Barry Wain, Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times, menunjukkan sekurang-kurangnya US$ 100 billion telah lenyap pada era pemerintahan Mahathir dari tahun 1981 hingga 2003.
Kebanyakkan dari wang yang hilang ini mungkin wang yang diperolehi dari perbezaan kos sebenar prokumen, kontrak, kuota, tender, permit, konsesi, lesen dan banyak lagi jumlah yang merugikan pembayar cukai sebanyak dua kali ganda malah tiga dan sehingga sepuluh ganda wang sebenar.
Baru-baru ini, Automatic Enforcement System atau Sistem Penguatkuasa Otomatik (AES) telah menelan belanja lebih sepuluh kali ganda bagi Perbendaharaan Negara.
Kemudian, berlaku kes kehilangan wang oleh Bank Negara sebanyak RM30 billion di bursa pertukaran asing pada masa pemerintahan Mahathir. Kita juga mengalami kerugian daripada skim pemerolehan pasaran Tin Antarabangsa di London, jumlah yang tidak diketahui untuk menggantikan peranan orang Cina di Malaysia dengan Jepun dibawah polisi perkauman jahat Pandang Ke Timur yang melakukan pembaziran ke atas Perbendaharaan Negara dengan polisi yang sama jahatnya serta berbaur perkauman Belilah Barangan British. Kesemua bukti rompakan wang ini diselindungi oleh semangat patriotik dibawah label Malaysia Boleh.
Mahathir & Co, seperti yang diberitahu oleh bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah di Australia, tidak lama dahulu, mereka membahagi kontrak sesama sendiri. Razaleigh dituduh pentadbiran Mahathir ‘mengkhianati’ Negara dengan memburuk-burukkannya diluar Negara. Nampaknya, Mahathir adalah Malaysia dan Malaysia itu Mahathir.
Mahathir mungkin telah melakukan apa yang dituduh oleh Razaleigh dengan mengambil wang Negara untuk dirinya sendiri melalui jaringan penama, kroni, si tamak sepertinya juga. Jika benar, dia saling tak tumpah seperti Mubarak dan ramai lagi diktator korup di dunia ketiga yang rakus merompak kekayaan Negara sementara menjadikan hutangnya terlalu tinggi pada masa pemerintahannya.
Menarik perhatian CIA?

Mungkin juga, disebalik buku Wain dan senarai Wikipedia, Mahathir telah meletak jawatan sebagai Perdana Menteri pada tahun 2003 kerana takut dirinya akan dipertanggungjawabkan atas penyalahgunaan kuasa dan konflik kepentingan semasa pemerintahannya.
Dia telah dituduh mencari jalan untuk meninggalkan jawatannya tetapi masih mengekalkan kuasa dibalik tabir untuk memastikan pihak berkuasa tidak mendakwanya. Persepsi rakyat adalah Majlis Tertinggi Umno berada dibawah telunjuk Mahathir sementara Najib Razak menjadi Perdana Menteri boneka dari belakang isterinya.
Semua masih ingat lagi pada ucapan selamat tinggal Mahathir yang ibarat sandiwara setelah menitiskan air mata di kaca televisyen sambil mengatakan bahawa dirinya telah ‘gagal mengubah pemikiran rakyat’. Benarkah dia peduli dan itu bukanlah misinya!
Ia mungkin satu kebetulan bahawa Wikipedia telah berjaya menyenaraikan apa yang telah diperolehi oleh Mahathir melalui cara haram sehinggalah kepada PRU ke-13. Ini nampaknya seperti kerja Central Intelligence Agency (CIA) sebagai tanda Washington mahu Mahathir dan Barisan Nasional yang memerintah untuk tidak lagi berkuasa. Ini adalah modus operandi biasa kerajaan AS iaitu keluarkan maklumat peribadi kewangan yang merosakkan sesorang kredibiliti individu yang disasarkan mereka untuk musnah.
Mahathir selama ini telah berhati-hati untuk melindungi kekayaannya di Negara yang tidak boleh diperiksa oleh sistem perbankan antarabangsa SWIFT dan IBAN yang dipunyai dan biayai oleh AS untuk menjejaki perolehan haram, pengubahan wang dan pembiayaan pengganas. Jepun dikatakan antara Negara dimana bekas Perdana Menteri itu menyimpan kebanyakkan asetnya.
Mahathir punyai banyak wang untuk melakukan kerosakan

Kesimpulannya, Mahathir dengan hartanya yang melimpah ruah, boleh meneruskan pengaruh dan penguasaannya ke atas politik Melayu di Malaysia ini iaitu bagi komuniti yang berbahasa Melayu dari bangsa Bugis, Jawa, Minang, Acheh dan India Muslim di Semenanjung Malaysia. Dia dilaporkan membiayai Perkasa, persatuan ektrimis yang diketuai bonekanya Ibrahim Ali dan percubaannya untuk campur tangan dalam hal-hal politik Parti PKR dan PAS pimpinan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim.
Mahathir sememangnya sudah pun mengawal sebahagian besar wang Petronas dari Sabah dan Sarawak. Dia telah dituduh tidak boleh membezakan antara wangnya dan wang Petronas jika dilihat dari berapa yang dimasukkannya dalam Yayasan Kepimpinan Perdana dan bagaimana dia dengan bebasnya menggunakan pesawat koprat dan kapal layar yang dimiliki oleh Syarikat Minyak itu. Gambarnya bercuti di atas kapal layar di Mediterranean. YDP Agong, ketua Malaysia sendiri tidak pernah memiliki keistimewaan itu.
Mahathir juga mempunyai wang untuk campur tangan dalam Negara seperti Palestin dan Bosnia-Herzegovina dan banyak lagi melalui Yayasan Kepimpinan Perdananya-khasnya untuk menyebarkan teori merapunya tentang kepimpinan dan pembinaan misi dan telah disyaki oleh Washington pada masa lalu membiayai senjata di negara-negara ini. Bagi AS, ini perbuatan melampau.
Malaysia Chronicle

1 comment:

  1. Menggunakan wikipedia sebagai rujukan adalah perbuatan sia sia kerana orang bangang dan fasik pun boleh menyunting di situ.

    ReplyDelete