Pages

Siswa 'Occupy Dataran' dihukum penjara sebulan, siapa kata Najib dengar rakyat


11:11AM Dis 21 2012  
Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini menjatuhkan hukuman penjara sebulan dan denda RM1,000 kepada siswa 'Occupy Dataran' kerana menghalang pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menjalankan tugas semasa serbuan terhadap gerakan mahasiswa pada April lalu.

NONESiswa, Umar Mohd Azmi didakwa di mahkamah itu pada 23 April mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang Mohd Masran Mamat daripada "menangkap dan mengiringi" aktivis Mohd Fahmi Reza Mohd Zarin.

Insiden itu didakwa berlaku semasa serbuan mengejut DBKL ke atas perkhemahan protes di Dataran Merdeka di Kuala Lumpur pada jam 8 pagi 22 April lalu.

Aktivis siswa berkhemah di dataran tersebut sebagai bantahan mereka terhadap Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang didakwa mereka tidak adil.
NONESementara itu, Umar dibawa ke Penjara Kajang petang ini bagi menjalani hukuman tersebut, selepas gagal mendapat pendengaran penangguhan pelaksanaan hukuman terhadapnya.

Permohonan penangguhan itu telah difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas hukuman dijatuhkan dan Hakim Amelia Tee sedia mendengarnya petang ini.
Bagaimanapun peguam Umar gagal menjejaki timbalan pendakwaraya yang bertanggungjawab terhadap kes ini. 

Anak muda mcm nie perlu ada kat Malaysia.

Bukan anak muda yang LEKA dengan HIBURAN!!

Bukan anak muda yang LEKA dengan POLITIK KOTOR!!!

Bukan anak muda yang LEKA dengan duit mak bapak!!!

AYUH MAHASISWA!!! KITA ADALAH BENTENG NEGARA!!!

Kita tuntut agar IPTS/IPTA tidak DIPOLITIKKAN!!!!

ILMU adalah HAK RAKYAT!!!!! Bukan untuk diniagakan!!!

Perjuangan kena ada pengorbanan! Pengorbanan anda tidak sia-sia, anda adalah pejuang rakyat dan satu hari anda akan menjadi seorang pemimpin yang bermaruah

No comments:

Post a Comment