Pages

Undang-undang dalam negara ini kian tercemar

Written by  MAILBAG
Undang-undang di negara kita ini telah menjadi semakin tercemar. Seakan-akan undang-undang yang berkuatkuasa di dalam negara ini hanyalah untuk disasarkan kepada orang ramai yang tidak menyetujui kerajaan Barisan Nasional (BN), mereka-mereka yang mengkritik dasar-dasar BN yang tidak adil, mereka yang berjuang menentang ketidakadilan, kekejaman, keganasan, politik wang, rasuah, penyalahgunaan kuasa dan perkauman.
Sementara mereka yang berada di dalam lingkungan BN, para penyokong BN, Umno, MIC, MCA, Gerakan, NGO yang pro-Umno seperti Perkasa, Pekida, Pembela, JI, MTPKL dan sebagainya menikmati kekebalan setaraf dengan Raja-raja Melayu dan dikecualikan daripada sebarang tindakan undang-undang walaupun kebanyakan daripada tindakan mereka yang telah menyalahi undang-undang dan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.
Ya, undang-undang dalam negara kita ini telah menjadi semakin tercemar. Pihak yang menyokong BN dibenarkan untuk tidak menghormati sebarang undang-undang atau boleh melanggari sebarang perintah mahkamah, manakala pihak yang tidak bersetuju dengan BN dimestikan untuk menghormati undang-undang yang sedia ada walaupun ianya tidak adil.
Ini bermakna, pihak berkuasa akan hanya bertindak terhadap mereka-mereka yang tidak bersetuju dengan pemerintahan BN, walaupun mereka hanya berkumpul secara aman, menyatakan bantahan secara sivil dan menyalakan lilin bagi memperingati kematian seseorang yang teraniaya, sementara mereka yang menyokong kuat BN tetapi bertindak ganas, mengancam keselamatan awam, menggalakkan kebencian, anti-perpaduan, melakukan keganasan adalah dibenarkan untuk terus melanggari semua bentuk undang-undang yang ada sambil hanya diperhatikan oleh pihak berkuasa sahaja, seperti menonton wayang atau tayangan filem blockbuster.
Kalau begitu, siapa lagi yang akan menghormati undang-undang dalam negara kita ini? Ini adalah kerana pihak berkuasa berlaku tidak adil terhadap dua pihak yang berlainan pendapat apabila menguatkuasakan undang-undang yang sedia ada. Satu pihak yang senantiasa menikmati kekebalan, manakala satu lagi pihak pula senantiasa menjadi mangsa kekejaman pihak yang kebal kerana pihak yang senantiasa menjadi mangsa itu tidak mendapat perlindungan yang sewajarnya daripada pihak berkuasa yang berkenaan.

Bendera Sang Saka Merah Putih dan Bendera Kurdistan

Pada malam menjelang hari Kemerdekaan yang lalu, perhimpunan Janji Demokrasi telah diadakan di perkarangan Dataran Merdeka dan ianya dihadiri ribuan penyokong yang semuanya mendesak agar Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dan kerajaan BN agar melaksanakan pembaharuan di dalam sistem pilihanraya dengan segera.
Di dalam perhimpunan Janji Demokrasi tersebut, ianya juga telah menyaksikan sekumpulan penyokong muda membawa bendera Sang Saka Merah Putih bagi menunjukkan sokongan padu mereka terhadap desakan pembaharuan pilihanraya.

Setelah gambar sekumpulan penyokong muda bersama dengan bendera mereka itu dipaparkan di beberapa portal berita dan akhbar-akhbar, para pemimpin BN dan Umno terus mengambil kesempatan untuk menuduh perhimpunan Janji Demokrasi tersebut bertujuan untuk menggulingkan kerajaan BN yang ada sekarang, menukar bendera negara kita, dan merombak perlembagaan untuk menjadikan negara ini sebuah republik.
Dengan hanya anggapan yang serong sahaja, pihak polis telah menjalankan siasatan dengan begitu cepat sekali dan berjanji akan membuat tangkapan dalam masa seminggu lagi. Begitu efisien sekali apabila pihak BN yang mengadu.
Tahukah anda, sewaktu demonstrasi dan keganasan di negeri Pulau Pinang sebelum ini yang didalangi oleh pemuda Umno, Perkasa, Pekida, Pembela dan Mamak bagi menunjukkan tentangan mereka terhadap kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri Lim Guan Eng, ramai penunjuk perasaan yang berarak pada masa itu mengibarkan bendera Kurdistan yang bewarna hijau, kuning dan merah.
Kalau bendera Kurdistan itu dikibarkan sewaktu demonstrasi dan keganasan tersebut, boleh juga kita anggap yang Umno, Perkasa, Pekida, Pembela dan Mamak cuba menggulingkan kerajaan negeri Pulau Pinang, cuba menukar perlembagaan negeri dan merombak negeri Pulau Pinang untuk dijadikan satu lagi negara Kurdistan.
Ingin kami bertanyakan kepada pihak berkuasa. Apakah perbezaan khusus di antara mengibarkan bendera Sang Saka Merah Putih dengan mengibarkan bendera Kurdistan di dalam negara ini? Kenapa mereka yang mengibarkan bendera Sang Saka Merah Putih itu lebih bersalah daripada mereka yang mengibarkan bendera Kurdistan?

Pijak gambar Najib dan Rosmah, dengan Guan Eng dan Anwar Ibrahim

Di antara memijak gambar Perdana Menteri Najib Razak dan “wanita pertamanya” Rosmah Mansor dengan memijak serta membakar gambar Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan Ketua Pembangkang Parlimen Anwar Ibrahim, siapakah yang lebih bersalah?
Yang lebih menyedihkan adalah pihak polis telah mengambil keputusan bahawa mereka yang memijak gambar Najib dan Rosmah adalah lebih bersalah dan menghinakan daripada mereka yang memijak serta membakar gambar-gambar Guan Eng dan Anwar.
Ini adalah kerana yang memijak dan membakar gambar-gambar Guan Eng dan Anwar iti semuanya adalah orang-orang Umno dan BN yang dipimpin oleh Najib. Kerana itulah pihak polis tidak berani mengambil sebarang tindakan terhadap mereka, kerana Najib telah mengeluarkan perintah yang ahli-ahli dan para penyokong Umno dan BN adalah kebal daripada sebarang undang-undang.
Sesiapa sahaja yang didapati memijak gambar-gambar Najib dan Rosmah akan ditahan, dibelasah dan dimasukkan ke dalam lokap balai polis.

Punggung Umno lebih berkuasa, setaraf dengan undang-undang

Sewaktu sekumpulan penyokong Umno dan Perkasa yang mendakwa diri mereka “veteran tentera” berkumpul dan mempamerkan punggung mereka di hadapan kediaman Pengerusi Bersama Bersih 3.0, Datuk S. Ambiga dam keluarganya, pihak polis hanya setakat memerhati sahaja tanpa mengambil tindakan yang perlu terhadap kumpulan tersebut yang jelas telah mengganggu keselamatan dan ketenteraman awam.
Maka dilepaskan sahaja kumpulan punggung Umno dan Perkasa itu bagi meneruskan pertunjukkan jijik mereka untuk beberapa jam lagi di hadapan Datuk Ambiga. Pihak polis amat takut kerana punggung Umno dan Perkasa itu sungguh berkuasa, berada di atas undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan.
Akan tetapi, apabila seorang penyokong Janji Demokrasi dan Bersih yang menunjukkan punggungnya hanya kepada beberapa keping gambar Najib, Rosmah dan pengerusi SPR, pihak polis dengan segera membuat tangkapan. Ini adalah kerana punggungnya tidak berkuasa seperti punggung-punggung Umno dan Perkasa.

Entah sama ada yang ditangkap oleh pihak polis itu akan didakwa di bawah Akta Pencegahan Punggung 2012, ataupun mengikut undang-undang mana?
Ini jelas telah menunjukkan bahawa undang-undang negara kita ini telah tercemar dengan begitu teruk sekali, malah boleh dikatakan Perlembagaan Persekutuan akan bakal dijual sebagai kertas buruk tidak lama lagi, kerana yang berkuasa tidak perlu menghormati undang-undang, sementara mereka yang lemah dipaksa tunduk kepada undang-undang yang tidak adil dan pilih kasih.
Jadi, buat apa nak menghormati undang-undang sedangkan yang berkerajaan di Putrajaya itu langsung tidak mempedulikan undang-undang? Dan yang lebih memburukkan lagi keadaan adalah pihak polis sentiasa memilih pihak yang lemah untuk dibelasah dan dianiayai.
Oleh itu, jika dipandang dari sudut Ubah sekali lagi, memang wajar negara ini perlu diubah seratus peratus daripada perlembagaan, kerajaan, kehakiman, parlimen, pentadbiran awam, negeri, dewan negeri, sistem politik, pilihanraya dan akhir sekali bendera sekarang yang seakan-akan corak bendera Amerika Syarikat dan Liberia.
Dah pun dicemari punggung-punggung Umno dan Perkasa, apa penghormatan yang ada lagi? Hanya tinggal penghinaan dan kebencian yang berasal dari Putrajaya.

No comments:

Post a Comment