Pages

Betapa takutnya Najib untuk mengumumkan Tarikh Pilihanraya

Perdana Menteri Australia telah membuat kejutan dgn mengumumkan tarikh pilihanraya pada 14 Sept tahun ini. Pengumuman awal ini bertujuan untuk membuka ruang kepada pengundi agar lebih fokus kepada isu nasional, juga dapat melepaskan bebanan pengundi daripada berteka-teki tentang tarikh pilihanraya.

Pengumuman ini dibuat oleh Perdana Menteri Australia, Julia Gillard di National Press Gallery, Canberra, Australia.
Tak sangka demokrasi di Australia begitu cantik sekali, Perdana Menterinya membuat pengumuman tarikh pilihanraya 8 bulan lebih awal supaya rakyat bahkan musuh politik bersedia untuk menghadapinya.

Di Malaysia? Perdana Menteri sehingga hari ini tidak mengumumkan apa-apa tarikh pilihanraya walaupun tempoh sepenggal pemerintahan BN selepas PRU12 semakin sampai ke penghujung. Mungkin masih tercari-cari tarikhnya tak jumpa atau takut untuk umum awal kerana bimbang musuh politik akan jauh lebih bersedia?

Semakin lama dipendam tarikh itu, semakin kusut kepala Perdana Menteri kesayangan rakyat Malaysia ini kerana lagi ditangguh piliharaya, makin banyak pula rahsia-rahsia ketirisan UMNO/BN bocor.

Walaupun Perdana Menteri tak umum tarikh pilihanraya lagi, beliau dan timbalannya sudah sibuk pusing satu Malaysia membawa janji-janji kepada rakyat terutamanya di empat buat negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat. Belum umum tarikh tapi sudah sibuk janji sana, janji sini. Kempen sana, kempen sini. Yang terbaru BN berjanji mahu buat litar lumba di Kedah, pada hemat saya ringankan bebanan rakyat lebih penting daripada litar lumba itu. Saya tak faham kenapa BN ini terlalu mahu beri rakyat berhibur. Pelik.

Nak tangguh pun tangguhlah, Perdana Menteri tak mahu umum sekarang tak mengapa kerana tempoh sepenggal itu hanya tinggal tak kurang 100 hari je lagi. Mahu atau tak mahu, parlimen dan dun akan bubar secara automatik juga kelak. Mahu atau tak mahu, UMNO/BN perlu berhadapan dengan Pakatan Rakyat dalam PRU13 yang dijangka sebagai pilihanraya paling sengit di Malaysia.

Sekiranya Pakatan Rakyat menang, rakyat berharap agar tidak tiru demokrasi ala UMNO ini. Pakatan Rakyat perlu lebih profesional menguruskan pentadbiran negara, profesional apabila berurusan dengan sesiapapun bahkan musuh politik mereka. Jadi bila PRU14 nanti, boleh lah umum tarikh lebih awal.

No comments:

Post a Comment