Ahli Parlimen Bachok, Nasharudin Mat Isa digugur anggotai Majlis Syura Ulama PAS. . .
Majlis Syura Ulama PAS dalam mensyuarat pada 13 Januari lalu telah
memutuskan untuk menggugurkan Ustaz Nasharudin Mat Isa sebagai
anggotanya. Keputusan itu dibuat kerana beliau didapati telah melanggar
peraturan-peraturan berjamaah seperti yang telah ditetapkan oleh Majlis
Syura Ulama PAS, lapor Harakah Bil 1813 Edisi Isnin, 29 Januari 2013
pada muka belakangnya.
Setiausaha Majlis Syura, Dato' Nik Muhamad Zawawi Salleh menjelaskan,
selain itu, Majlis Syura Ulama PAS juga mendapati tindak tanduk
Nasharudin kebelakangan ini merugikan parti. Menurut beliau, selain itu,
gelagat bekas Timbalan Presiden PAS itu juga didapati telah menimbulkan
suasana yang keroh di kalangan ahli-ahli parti.
Majlis Syura Ulama PAS juga mendapati tindak tanduk Nasharudin
kebelakangan ini telah menimbulkan fitnah bagi jamaah, di samping
bercanggah dengan kaedah-kaedah dan pendirian yang dibuat oleh parti,
tegasnya kepada Harakah 25 Januari lalu.
Bagaimanapun, tegas Ustaz Nik Zawawi, keahlian Nasharudin dalam PAS
masih dikekalkan, tetapi kedudukannya sebagai ahli biasa sahaja.
Ustaz Nik Zawawi yang juga Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat
menjelaskan, keputusan yang dibuat oleh Majlis Syura Ulama PAS hanya
menggugurkan beliau sebagai ahli Majlis Syura Ulama PAS, bukannya
menggugurkan beliau daripada parti.-
No comments:
Post a Comment