Pages

Lagi taktik kotor Umno BN untuk menafikan kemenangan PR dalam PRU13?



Dengan keadaan PRU13 yang margin menang kalah yang mungkin sangat tipis, kerja celaka macam ni yang kesannya kecik pun mungkin boleh menafikan kemenangan calon Pakatan Rakyat.
Sinarharian melaporkan:
SHAH ALAM – Barisan Nasional (BN) Selangor digesa menghentikan tindakan mengelirukan rakyat dengan menukarkan tempat mengundi pengundi sesuka hati untuk kepentingan parti mereka.

Adun Selat Klang, Dr Halimah Ali berkata, pihaknya kesal selepas menerima aduan beberapa pengundi Dun Selat Klang mendapati Dun dan Parlimen mengundi mereka ditukar ke kawasan lain pada surat Selamat Tahun Baru dengan simbol ‘Sayangi Selangor’ daripada BN
Selangor yang diterima mereka. - Sinarharian
Bila baca 2 perenggan laporan Sinarharian macam kat atas tu, aku tak nampak ada apa masalah. Biasa la Umno BN hantar surat kepada pengundi.

Takat nak cari maklumat pengundi termasuk alamat terkini memang takdak masalah sangat kut, tambah-tambah untuk yang isi borang BR1M, memang Umno BN boleh dapat alamat terkini lengkap dengan nombor telefon.

Bab guna duit kerajaan untuk hantar kad ucapan tu pun aku tak heran pasainya memang sejak dari dulu lagi Umno BN buat harta kerajaan macam harta mak bapak depa punya.

Cuma yang aku mushkil bila Sinarharian melaporkan:
“Contohnya A Ramachandran Dun N46 Pelabuhan Klang P110 Klang tetapi bila disemak Pengarah Pilihan Raya Negeri Selangor, Dzulkifli Ab Rahman dan beliau sendiri akui pengundi ini masih berada di Dun Selat Klang

“Tetapi kenapa surat Selamat Tahun Baru yang dihantar oleh Perdana Menteri menunjukkan mereka seolah-olah ditukarkan tempat mengundi.

"Ini yang dihantar dan kita mendapat maklumat ramai lagi menghadapi situasi ini,” katanya. - Ibid.
Takkan kut Umno BN bangang sangat sampai maklumat tempat mengundi pun boleh silap. Dengan SPR yang bila-bila masa sanggup jadi kuda tunggangan Umno BN, aku tak rasa patut ada kesilapan macam tu.

Persoalannya sekarang macamana boleh jadi macam tu. Adakah memang penama tu SPR memang dah pindahkan ke tempat lain dan SPR saja tak ubah dalam database untuk semakan di laman SPR.

Ataupun Umno BN saja hantar maklumat tu untuk kelirukan pengundi yang memang depa dah kenalpasti sebagai penyokong Pakatan Rakyat padahal pengundi tu sebenarnya tak berubah pun tempat mengundi.

Aku memang tak heran kalau itu memang sebahagian dari perancangan dan usaha Umno BN untuk mempertahankan Putrajaya dan dalam masa yang sama merampas balik Selangor.

Memang dengan kemajuan teknologi IT sekarang ni, maklumat tempat mengundi tak sepatutnya jadi masalah tapi masih tetap boleh kurangkan undi calon Pakatan Rakyat kalau pun mungkin tak banyak.

Tapi dengan keadaan PRU13 yang margin menang kalah yang mungkin sangat tipis, kerja celaka macam ni yang kesannya kecik pun mungkin boleh menafikan kemenangan calon Pakatan Rakyat.

Ditambah pulak dengan tektik kotor lain macam 'pengundi segera' dikalangan warga asing, memang tak mustahil calon Pakatan Rakyat sebenarnya dah kalah sebelum hari mengundi lagi...

- cenangau

No comments:

Post a Comment