Pages

Mahathir - Bapa Batu Api 1Malaysia

Syaitan Bersuara : Perubahan akan sekat kemajuan ekonomi - amaran Dr M....!!!

Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan perubahan seperti dikatakan oleh pembangkang bukanlah terbaik untuk Malaysia kerana ia hanya akan membantutkan kemajuan ekonomi yang cuba dibawa ... Mahathir menegaskan berbeza dengan negara lain, Malaysia merupakan sebuah negara yang tidak pernah bertukar pemerintahan sejak mencapai kemerdekaan dan menggambarkan perubahan kerajaan bakal memberi kesan teruk terutamanya dari segi ekonomi khususnya.

“Malaysia tidak pernah bertukar pemerintahan sejak Merdeka. 
“Oleh sebab itulah negara terus-menerus mencapai kemajuan sehinggalah sekarang ini,” kata beliau dalam satu forum anjuran Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI) di ibu kota hari ini.
Beliau turut berkata walaupun negara sudah bertukar perdana menteri sebanyak lima kali, setiap pemimpin baru tersebut adalah masih dikalangan parti pemerintah maka hala tuju negara masih dilandasan yang tepat.
“Walaupun Malaysia bertukar perdana menteri, hala tuju negara masih lagi sama.
“Malahan kita berjaya mengecapi kejayaan dan menjadi sebuah negara yang membangun,” tambah mantan perdana menteri itu lagi.

Mahathir juga mengecam pembangkang walaupun berjaya memenangi lima negeri pada pilihan raya 2008 lalu, mereka masih lagi gagal untuk menjadi sebuah kerajaan yang kukuh hingga kini.
“Mereka (pembangkang) memenangi lima negeri pada pilihan raya lalu tetapi masih lagi tidak dapat menjadi sebuah kerajaan yang kukuh malahan antara mereka juga terdapat perbezaan.
“Mereka tidak dapat mencapai persetujuan bersama dalam polisi malahan tiada persefahaman dikalangan mereka,”ujar beliau lagi.

No comments:

Post a Comment