Pages

Nasaruddin Mat Isa & UMNO

Nasaruddin Mat Isa telah meninggalkan perjuangan Islam dan rela menjadi gonggongan golongan sekular terutamanya Najib Tun Razak serta Rosmah.

Asalnya Ustaz Nasa itu dihormati dan dipertahan oleh semua rakyat yang sayangkan Islam.

Sekarang ini, Nasa sudah tiada apa-apa lagi. Beliau hanyalah seorang yang bergantung harap dan kasihan dari UMNO atau dari Najib Tun Razak.

Kalau dahulu, Ustaz Nasa boleh bergantung harap kepada kerajaan di langit. Sekarang, Ustaz Nasa terpaksa bergantung harap dengan kerajaan UMNO Barisan Nasional.

Yang lebih menyedihkan adalah pada masa ini Nasa sudah tidak berguna seperti dahulu lagi.

Dahulu Nasa berjawatan penting. Mengetahui segala rahsia2 parti serta selok belok dalaman parti.

Sekarang ini, Nasa cuma ahli PAS biasa, tiada beza Nasa dengan Tulang Besi.

Maka, apa perlu lagi UMNO dan kuncu2 nya terus membela dan menanggung Nasaruddin Mat Isa.

Akhirnya nanti Nasa hanya akan menjaddi pengemis di pintu masuk UMNO atau di PWTC sahaja.

Kalau ditakdir Allah SWT UMNO kalah dalam PRU nanti, Nasa kemungkinan terpaksa menjadi pensyarah sambilan di kolej2 swasta yang bersepah di seluruh negara.

PAda masa ini, gerakan Ikhwan Muslimin sedunia pun pasti sudah mengecop Nasa sebagai pengkhianat.

Pada masa ini, tiada lagi simpati yang Ustaz NAsa dapat raih dari ahli2 PAS yang rata-rata nya ikhlas dalam memperjuangkan Islam.

Hubungan Nasa dgn UMNO ini sudah bermula sebelum PRU 2008 lagi. Di waktu itu keesemua parti2 pembangkang menghadapi penurunan aktivis dan ahli dengan begitu murung dan buruk sekali.

Di waktu itu, PKR seperti hidup segan mati tidak mahu. Boleh dikatakan banyak bahagian PKR tutup kedai kerana yang tinggal hanya 5 atau 6 aktivis sahaja.

Dalam PAS pun begitu juga. Ramai yang lari dan tidak mahu aktif lagi di dalam PAS.

BEzanya adalah pada masa itu, golongan2 yang digelar sebagai ERDOGAN terus istiqamah membina PAS semula.

Maka, di kala itu diperkenalkan konsep "NEGARA BERKEBAJIKAN", "PAS FOR ALL", "PAS UNTUK SEMUA" dan sebagainya.

PAS pula menjalin hubungan dgn Hindraff, NGO2 yang membina BERSIH, kumpulan2 yang tidak puas hati dgn Pak Lah dan banyak lagi.

Di kala itu, Nasa sudah tiada jawatan dalam Parlimen kerana beliau telah kalah di Besut pada tahun 2004.

Maka, tidak hairanlah pada masa itu Syaitan telah menggoda Nasa dengan godaan seperti yang dalam ayat di atas.

Dan pada masa yang sama datang pula janji2 dunia dari parti sebelah sana.

Dan janji habuan itu datang dengan lebih agresif apabila PAS dan PKR menang dengan gemilang pada tahun 2008.

Akhirnya, jadilah apa yang terjadi pada Nasa sekarang ini.

Apabila kita tertipu dengan janji2 syaitan, maka jadilah kita seperti Nasaruddin Mat Isa.

Wahai Nasa, apa akan jadi pada kamu apabila UMNO merasakan kamu sudah tidak bernilai tinggi seperti dahulu lagi?

Adakah UMNO akan terus memberikan kamu ganjaran seperti yang telah kamu nikmati sebelum ini?

Lebih2 lagi kamu sekarang ini sudah tiada jawatan mahupun pengaruh di dalam PAS?

Dan kenyataan2 kamu sebelum ini pun tidak memberikan apa2 kesan kepada PAS walaupun sedikit.

Penghabisan nanti, UMNO akan menyoal diri mereka, apa guna lagi kami membela Nasa?

No comments:

Post a Comment