Pages

Pemecatan Nasha Bukti Keupayaan Anwar Memimpin Pakatan Rakyat

bapa_perubahan_anwarSEBELUM ini banyak yang diperkatakan tentang kemampuan Datuk Seri Anwar Ibrahim memimpin Pakatan Rakyat – sebuah komponen politik  dengan 3 parti politik yang berlainan idealogi sama sekali.
Beberapa pendirian bercanggah di antara parti-parti komponen sebelum ini, dijadikan alasan untuk melemahkan kepimpinan Anwar, seolah-olah Anwar gagal memimpin 3 parti berbanding Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Najib Tun Razak yang memimpin 13 parti komponen dalam BN.
Walaupun hanya dengan 3 parti, tetapi pengaruh 3 parti ini sahaja mencakupi seluruh Malaysia, tidak seperti komponen BN.  UMNO contohnya, tidak wujud di Sarawak, satu ketika dahulu, tidak wujud juga di Sabah (sehingga 1994). maka itu tidak perlu diadakan begitu banyak parti komponen seperti BN, lebih kurang kerenahnya.
Tapi kemampuan Anwar mempengaruhi Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat untuk memecat Nasharudin Mat Isa dari jawatan dalam Majlis Syura Ulama dalam tempoh kurang 24 jam, membuktikan bahawa beliau lebih dari mampu untuk mengawal parti komponen dalam Pakatan Rakyat.
Sekaligus membuktikan kewujudan kumpulan ‘Anwarinas’ dalam PAS, hanyalah satu propaganda UMNO/BN semata-mata.  Anwar tidak perlu mewujudkan kumpulan seperti itu di dalam parti tersebut untuk menguasai PAS dari dalam seperti yang di dakwa UMNO/BN dan media di bawah kawalan mereka.
Keputusan pemecatan ini juga seharusnya menambahkan keyakinan rakyat terhadap mutu kepimpinan Anwar untuk menakhodai kepimpinan negara melalui Pakatan Rakyat.
Selain itu, pemecatan Nasharudin ini hanya satu dari beberapa langkah besar yang telah digariskan Anwar kepada Nik Aziz untuk mengukuhkan PAS dalam menghadapi pilihanraya umum ke-13.
Sumber memaklumkan kepada penulis, selepas ini akan ada beberapa lagi pemimpin PAS yang mempunyai DNA pengkhianat yang sama seperti Nasharudin, bakal ditunjukkan jalan keluar dari parti tersebut.  Antara nama yang disebut-sebut ialah Timbalan Mursyidul Am, Datuk Harun Din dan Ketua Dewan Ulama, Datuk Harun Taib.
Kedua-dua pemimpin ini bakal digantikan dengan orang yang lebih berkelayakan dan setaraf dari segi ilmu dan pengalaman.
Dato’ Hj. Mohamad Daud Al-Iraqi, Ahli Majlis Syura PAS sekarang dijangka bakal menggantikan Harun Din sebagai Timbalan Mursyidul Am, manakala Datuk Ahmad Yaakub akan menggantikan Harun Taib sebagai Ketua Dewan Ulama.
Semua perubahan ini dijangka akan memantapkan lagi PAS sebagai komponen Pakatan Rakyat dalam menghadapi pilihanraya umum yang akan datang.  Ia juga sebagai tanda bahawa kepimpinan tertinggi PAS sudah boleh menerima hakikat bahawa parti itu tidak lagi boleh hidup bersendirian, tapi bergerak sebagai satu pasukan yang besar di bawah lembayung kepimpinan Anwar.

No comments:

Post a Comment