Pages

Sembang Kedai Kopi tentang PPSMI

Mamat : Bodoh betul.bangang.Si Menteri ini.
Kadir : Menteri mana pulak ni brader ??

Shukor : Yelah Mat, apa yang kau bising bising ini?
Mamat : Menteri lah, Menteri Pelajaran.

Kadir : Apa hal dengan dia? Kenapa pulak bodoh?
Mamat : Apa tak bodohnye..ni pasal ajar sains matematik guna bahasa Inggeris. Orang dah bising ..ubah jelah.Apa yang nak tunggu tunggu lagi …

Kadir : Kan dia dah kata bende ini kena teliti elok elok.Mana boleh main buat keputusan je ..
Mamat : Yelah..tapi dia kan nak bertanding naib presiden umno..buat je keputusan popular.. janji menang..

Shukor : maknanya mansuhkan PPSMI? Camtu saja? Mana boleh Mat. Ini soal anak anak kita
Mamat : Yelah.orang Melayu tak suka PPSMI. Ubah je.Kalau aku macam menteri aku mansuhkan. Dan dan orang umno suka aku. Sure menang naib presiden.orang melayu suka aku.. settle masalah..

Kadir : Betul jugak.. janji menang.Kan dia politician ? Shukor: Memang politician tapi dia ada tanggungjawab beb…
Mamat : Alah..tanggungungjawab… nak menang ke tak ? Lagi pun orang Melayu tak suka PPSMI…tak tau mengajar dalam Bahasa Inggeris, tau ajar bahasa haprak. kau tak tengok TV ke?? Lima ribu orang buat protes kat KL .bantah PPSMI…

Kadir : Lima ribu ??? Itu surat khabar kata. Jangan percaya. Aku rasa lebih 20 ribu ada…

Shukor : Ok ok. Katalah 20 ribu orang buat protest. Katalah 30 ribu orang. Tapi orang Melayu ada berjuta orang. 30 ribu daripada jutaan takde makna. Entah entah lebih ramai menyokong daripada yang menentang.

No comments:

Post a Comment