Ketua Umno bahagian Lembah Pantai, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal
Abidin menolak cabaran untuk berdebat dengan Ahli Parlimen kawasan itu,
Nurul Izzah Anwar kerana katanya, tiada keperluan untuk berbuat
demikian memandangkan pilihan raya umum semakin hampir.
Selain itu, katanya, seorang ahli kabinet juga tidak digalakkan untuk berdebat.
"Kita
ahli kabinet tak digalakkan untuk berdebat. Kalau dia kata dia buat
kerja, cakaplah apa kerja dia. Senaraikan. Tak payah nak debat. Lepas tu
biarkan pengundi yang putuskan. Apa nak debat lagi.
"Cakap apa kerja yang dia buat. Asyik nak tumpang selepas apa yang saya buat.
"Saya
rasa tak perlu debat. Pilihan raya nak dekat dah. Kita putuskan masa
pilihan raya sahajalah. Apa nak debat-debat lagi. Rakyat akan menilailah
apa yang dia dah buat," katanya dalam sidang media selepas menyerahkan
surat kelulusan pemberimilikan tempoh pajakan tanah kepada penduduk
Kampung Pasir, Kuala Lumpur hari ini.
Semalam,
Nurul Izzah yang juga Naib Presiden PKR mencabar menteri wilayah dan
kesejahteraan bandar itu untuk berdebat pada 24 Februari ini berhubung
dakwaan Raja Nong Chik sebelum ini yang mengatakan beliau lebih suka
mengkritik berbanding berkhidmat untuk rakyat.
Raja
Nong Chik berkata demikian Khamis lalu sebagai mengulas mengenai
pretasi yang ditunjukkan Nurul Izzah di kawasan Lembah Pantai.
Beliau
juga yakin, skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC) yang dikaitkan dengan
keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil tidak akan menjejaskan
peluangnya untuk merampas semula kerus parlimen tersebut daripada PKR.
No comments:
Post a Comment