Pages

Pembayaran RM2 juta untuk PSY Gangnam

Terus terang cakap, hanya orang bodoh sahaja yang percaya kedatangan Psy ke sini ditanggung sepenuhnya oleh sebuah syarikat gergasi, Mega Ultimate tanpa pembabitan dari BN dan kerajaan pusat.

Pakatan Rakyat telah pun mempunyai bukti bahawa wang kerajaan digunakan untuk menanggung kedatangan Psy kesini. Laman ini tidak dibenarkan untuk menunjukkan bukti tersebut sekarang kerana ia hanya akan di dedahkan dalam tempoh kempen rasmi Pilihanraya ke-13 nanti.

Menurut dokumen tersebut, kerajaan Malaysia membayar kepada syarikat Mega Ultimate sebanyak USD 2 juta (RM 6.2 juta) sebagai bayaran persembahan Psy, termasuk penginapan anggota rombongannya.

Bayaran ini dibuat dalam 3 peringkat, dengan sejumlah USD 100,000 sebagai bayaran untuk booking, USD 1 Juta untuk bayaran pendahuluan dan bakinya akan dijelaskan setelah Psy selesai mengadakan persembahan nanti.

Semua dokumen pembayaran adalah melibatkan khidmat pihak ketiga dan sebuah Kementerian yang namanya akan di dedahkan nanti.

No comments:

Post a Comment