Pages

Perak, DAP dan Melayu

K Pragalath | October 15, 2011

Perak negeri yang perlu dipertahankan oleh BN meskipun DAP memenangi majoriti kerusi di negeri yang majoriti rakyatnya bukan Cina.

PETALING JAYA: Sekiranya Selangor menjadi idaman yang mesti ditawan Umno-Barisan Nasional (BN), Perak pula negeri yang mesti dipertahankan oleh Umno-BN dalam Pilihan Raya Umum ke 13.

Ini kerana Menteri Besar Datuk Zambry Abdul Kadir memerintah Perak tanpa mendapat mandat daripada rakyat sejak tahun 2009.

Menyingkap semula PRU 12, DAP merangkul 18 dari keseluruhan 59 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak. PKR mendapat tujuh kerusi manakala PAS memenangi enam kerusi untuk membentuk kerajaan Pakatan Rakyat dalam bulan Mac 2008.

Pakatan hanya mempunyai majoriti tiga kerusi sahaja namun majoriti tersebut tidak kekal lama.

Mohd Osman Mohd Jailu (PKR-Changkat Jering), Jamaluddin Radzi (PKR – Behrang) dan Hee Yit Foong (DAP -Jelapang) merupakan personaliti yang bertanggungjawab mengubah lanskap kerajaan Perak apabila mengisytiharkan diri mereka sebagai Adun Bebas pro-BN.

Tidak lama kemudian, Keshwinder Singh (DAP – Malim Nawar), turut berbuat demikian sebelum menyertai parti Parti Progresif Rakyat (PPP).

Apa yang menjadikan kes Perak istimewa adalah DAP yang diwar-warkan sebagai parti Cina berjaya memenangi majoriti kerusi meskipun jumlah rakyat berketurunan Cina jauh lebih rendah daripada Melayu/Bumiputera.

Menurut laporan Jabatan Perangkaan Malaysia tahun lepas, 55.74% penduduk terdiri dari Bumiputera berbanding dengan 28.77% masyarakat Cina.

Berbalik semula kepada pilihan raya yang akan datang, sentimen penduduk terhadap pengambilalihan pentadbiran negeri Perak secara jelas akan menjadi isu yang dicanangkan oleh Pakatan Rakyat dalam usaha mendapatkan kembali kuasa.

Bagaimanapun ia bukan mudah untuk Pakatan berikutan isu hudud yang telah menjadi polemik dewasa ini.

No comments:

Post a Comment