Kemerdekaan sebenar juga bererti rakyat diberi peluang dan kebebasan dalam menjalani sistem pilihan raya yang bersih dan adil.
SHAH ALAM: Kemerdekaan dalam erti kata yang sebenar ialah kebebasan
dalam menentukan dasar, sosio-budaya, gaya hidup dan hala tuju negara
oleh rakyatnya sendiri.
“Generasi kini menolak sistem dan budaya yang mengandungi unsur
penindasan dan ketidakadilan seperti mana yang kita diharungi ketika
zaman penjajah dahulu.
“Kemerdekaan sebenar juga bererti rakyat diberi peluang dan kebebasan
dalam menjalani sistem pilihan raya yang bersih dan adil,” kata Ketua
Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata demikian pada Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan ke-55
dan Sambutan Hari Malaysia Peringkat Negeri Selangor 2012 di sini malam
tadi.
“Kita harus teliti dan mengkaji semula pengisytiharaan kemerdekaan
bagi menjamin kebebasan. Pengisytiharaan kemerdekaan ini harus dibaca
semula. Jika tidak ia tidak dapat memberi nilai kepada erti kemerdekaan
yang sebenar,” ujarnya.
Anwar yang juga penasihat ekonomi negeri Selangor berkata, semangat
kemerdekaan harus dipupuk dengan menyediakan pilihan raya yang bersih,
adil dan saksama.
Pilihan raya mesti dianjurkan dengan adil dan tidak sepatutnya wujud unsur-unsur penindasan atau penipuan, katanya.
Ketidakadilan sosial
Ketidakadilan sosial
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam ucapannya
berkata, dewasa ini masih wujud ketidakadilan sosial dan hak sama rata
kepada semua negeri seperti yang berlaku di Sabah dan Sarawak.
“Sabah dan Sarawak yang mempunyai hasil bumi yang banyak terus
terpinggir dalam pembahagiaan kekayaan negara. Bahkan Sabah terutamanya
dicatatkan sebagai negeri termiskin di Malaysia di belakang Kelantan,”
katanya.
Menurut beliau, setiap warga negara berhak mendapat layanan yang adil
untuk menikmati limpahan kemajuan ekonomi dan pembangunan negara tanpa
diskriminasi.
Majlis sambutan merdeka itu turut dihadiri Presiden PKR Datuk Seri
Wan Azizah Wan Ismail, para pemimpin Pakatan Rakyat dan para exco
kerajaan negeri.
Sebanyak 56 kontijen terdiri daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT),
Pejabat Tanah Daerah, Jabatan Kastam, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta
badan-badan bukan kerajaan turut serta dalam perbarisan kemerdekaan
peringkat negeri malam tadi.
Rakyat Selangor yang membanjiri Dataran Kemerdekaan di sini turut berpeluang menyaksikan pertunjukan bunga api.
so pathetic hahahaha
ReplyDelete