Kempen terbaru untuk menuntut kerajaan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) akan dilancarkan di lobi Parlimen tengah hari esok, kata Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hasan.
Kempen itu bersempena usaha menganjurkan demonstrasi besar menentang akta tersebut yang digelar ‘Himpunan Mahsuhkan ISA’ yang dijadual 1 Ogos ini di Kuala Lumpur.
“Pemuda PAS akan menjadi antara penggerak utama di samping rakan-rakan NGO yang lain. Kempen ini akan digerakkan ke seluruh negara,” katanya di sidang media di ibu pejabat PAS hari ini.
Demonstrasi tersebut, antaranya untuk menyambut ulang tahun ke-49 pelaksanaan akta tersebut, telah dua kali ditunda - bulan Mac dan Jun.
Dalam sidang media itu, Nasrudin (dua dari kanan) turut mengumumkan barisan exco dan jawantankuasa Pemuda yang dilantik bagi memimpin dewan tersebut dalam tempoh dua tahun akan datang.
Pelantikan tersebut dibuat dalam mesyuarat pertama dewan tersebut selama lebih empat jam malam tadi, katanya yang menang tanpa bertanding jawatan tersebut dalam muktamar dewan tersebut, awal bulan ini.
Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman Mohamad dilantik setiausaha dewan yang baru, menggantikan Ahmad Sabki Yusof yang kini sebagai naib ketua Dewan Pemuda.
Manakala Ketua Pemuda Johor dan juga ahli jawatankuasa Dewan Pemuda, Khairul Faizi Ahmad Kamil dilantik sebagai penolong Kamaruzaman.
Bendahari diserahkan kepada Mohd Adram Musa, menggantikan Mohd Zaki Ibrahim yang dicalonkan mencabar Nasrudin tetapi menarik diri di saat-saat akhir.
Suhaizan Kaiat, juga ahli jawatankuasa Dewan Pemuda, dikekalkan sebagai ketua penerangan.
Pemuda PAS turut melantik ahli parlimen Jerai dan ahli jawatankuasa dewan tersebut, Mohd Firdaus Jaafar sebagai pengarah pilihanraya Pemuda PAS.
Terdapat sepuluh ahli jawatankuasa baru yang dilantik: Zuraidin Abdullah (Kelantan), Sanusi Mohd Nor (Kedah), Zamakhshari Muhammad (Kelantan), Anuar Ali (Sabah), Yusainee Yahaya (Perlis), Mohd Sani Hamzan (Selangor), Wan Sukhairi Abdullah (Terengganu), Dr Zuhdi Marsuki (Wilayah Persekutuan), Mohd Nazri Din (Perak) dan Mohd Fuad Othman (Negeri Sembilan).
Nasrudin berkata Dewan Pemuda memutuskan untuk membentuk biro-biro tertentu selepas bengkel hala tuju dewan tersebut yang dijadualkan hujung bulan ini.
Ditanya mengenai persiapan Pemuda PAS menghadapi pilihanraya kecil DUN Manek Urai pada 14 Julai ini, Nasrudin berkata, dewan tersebut bersama Pemuda Pakatan Rakyat akan melancarkan jenteranya pada 19 Jun ini.
” Kita mahu mempastikan momentum sokongan pengundi terhadap Pakatan Rakyat kekal untuk menghadapi pilihanraya umum ke-13.
“Kita akan mengurus kebajikan pengundi dan ia menjadi agenda utama parti. Kita juga cuba memahamkan pengundi berhubung situasi politik tanah air,” katanya.

18/06/09
No comments:
Post a Comment