BN cadang heret Anwar ke jawatakuasa khas

Jemaah menteri akan bermesyuarat esok untuk memutuskan sama ada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu diheret ke jawatankuasa mengenai hak dan keistimewaan Parlimen.

Tindakan berkenaan berhubung dengan dakwaan ketua umum PKR itu yang 1Malaysia adalah diciplak daripada 'One Israel'

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz berkata “saya akan membawa perkara ini ke pengetahuan kabinet berhubung dakwaan itu kerana kami berpendapat ia adalah keterlaluan.”

"Jawatankuasa khas itu kemudiannya akan memutuskan sama ada tindakan perlu diambil ke atas ketua pembangkang kerana meluahkan kenyataan palsu di dalam Dewan, khusus berhubung perkara yang tidak benar mengenai perdana menteri,” katanya.

Sekiranya Anwar didapati bersalah, beliau akan digantung daripada sidang parlimen.

MK
18/03/10

No comments: