Sistem pendidikan sedang dicabul

"Projek "Menolong Melayu" is actually to "save the face" of the Educational Ministry (Be-END UMNO Gomen) and this has been happening more than 10 years! It's messed up. Author says passing mark is 25%? Malaysia Today reported it's not 25% but 15% (Maths)!!! Not to mention there are two standards of grading for Malays and the non-Malays....no wonder the writer commented: "Mampus lah kita macam ni..." Of course "mampus" bec. it's suicide. Nothing come easy in this life. The private sector will hesitate to employ them even though they may be able to produce the papers. Our educational system is really crooked and had "back-fired", is self-defeating and make them "academically poorer" bec. it has made the Malays to be incompetent and unable to compete in the real world. Wake up! And if affect the majority of the population, then it will have an adverse effect on our nation of Malaysia. Is this the way to make "Malaysia Boleh" a 'success'? I'm telling all my friends to vote Be-END out come this GE-13!!!"

Also, BN/Umno through it's moronic Penang leaders like Azhar and Zahid Hamidi have seen their 'haram' RM 100 stunt backfire. The Malays in Penang are really mad with Umno especially what they see as 'Fitnah' by Umno and its leaders especially doctoring YB Nizar's 'Korban' photo with that of Penang CM YAB Lim Guan Eng. Umno and BN in Penang are finished. Don't believe me? Just go to the Malay Kampung in Tanjong Bungah, Penang and see PAS, PKR and Yes! DAP flags fluttering away in what was an Umno stronghold not very long ago. Read the following article from Malaysiakini below:

Petang tadi saya berkesempatan minum dan makan roti canai dengan beberapa orang kawan yang bekerja sebagai guru. Mendengar daripada topik perbualan mereka, kisah dan cerita yang berlaku di dalam sistem pendidikan negara ini amat membimbangkan saya. Daripada markah lulus (passing mark) untuk subjek sains dan matematik yang diubah-ubah untuk mencapai target peratusan lulus sehinggalah kepada soalan UPSR yang bocor hampir setiap tahun. Menurut seorang kawan saya ini, beberapa pelajar yang mendapat keputusan yang sangat cemerlang seperti mendapat "A" di dalam semua subjek di dalam peperiksaan UPSR mereka telah diterima masuk ke sekolah berasrama penuh, tetapi selepas beberapa bulan, mereka dinasihatkan supaya menukar ke sekolah biasa kerana didapati masih tidak menguasai asas pembacaan, penulisan dan pengiraan. Bayangkan, pelajar yang mendapat semua "A" dalam UPSR dinasihatkan keluar dari sekolah berasrama penuh kerana tahap sebenar mereka tidak menggambarkan keputusan UPSR mereka. Menurut kawan-kawan guru ini, projek "menolong Melayu" (kononnya) ini bermula selepas pencapaian markah yang teruk di dalam subjek sains dan matematik di kalangan pelajar Melayu apabila pengajaran dalam bahasa Inggeris mula-mula diperkenalkan untuk kedua-dua subjek ini. Pada mulanya, langkah menurunkan markah lulus dilakukan hanya sebagai 'quick fix' sahaja kerana untuk mengelakkan kejutan dan menjaga air muka jabatan dan kementerian pendidikan. Tetapi amalan mengubah-mengubah markah lulus sudah menjadi budaya dan mula sebati di dalam sistem. Menurut kawan-kawan guru ini, mereka terkejut bagaimana ramai murid yang mereka mengajar setiap hari boleh mendapat "A" di dalam peperiksaan sebenar UPSR sedangkan markah kebiasaan yang diperolehi sepanjang ujian dan peperiksaan percubaan hanya sekitar 25 peratus sahaja. Menurut kawan-kawan guru, golongan atasan di dalam Jabatan Pendidikan amat menjaga "KPI" mereka yang berdasarkan kepada peratusan kelulusan dan juga peratusan mendapat "A". Lagi pun ini untuk "membantu Melayu", kata mereka. Penyakit ini ditambah juga oleh satu barah yang lain, iaitu soalan peperiksaan UPSR yang bocor setiap tahun. Kebocoran kertas soalan UPSR inilah yang menghasilkan pelajar yang layak masuk ke sekolah berasrama penuh, tetapi masih terkial-kial untuk menulis dan membaca. Menurut kawan-kawan guru ini, 10 tahun yang lalu, mereka senang untuk meramalkan pelajar yang akan mendapat keputusan yang cemerlang atau yang gagal di dalam UPSR kerana keputusan peperiksaan sebenar juga lebih menyerupai keputusan ujian dan peperiksaan percubaan yang dilakukan oleh pihak sekolah. Tetapi pada hari ini, keputusan UPSR mengejutkan mereka. Pelajar yang tidak pernah lulus di dalam peperiksaan di sekolah sepanjang tahun tiba-tiba mendapat "A" di dalam UPSR. Menurut kawan-kawan guru ini, kebiasaanya Terengganu ialah negeri di mana bermulanya soalan UPSR yang bocor. Ini kerana kertas peperiksaan UPSR akan tiba lebih awal di atas pulau-pulau yang mempunyai sekolah-sekolah. Mampus lah kita macam ni...

Margeemar
04/04/10

No comments: