Dalam rusuhan kaum Mei 13, dan sebagainya, siapa yang menang, siapa yang kalah? Mereka yang menang merupakan musuh Malaysia, orang yang ingin membahagikan kita supaya kita tidak boleh berpadu. Bukan kaum Melayu, kaum Cina, kaum India, yang menang atau kalah. Bangsa Malaysialah yang kalah. Hampir 53 tahun selepas merdeka, apakah yang telah kita tercapai? Kita masih fikir sendiri sebagai kaum Melayu, kaum Cina, kaum India. Kita semua bersalah kerana henda menegas identiti berlainan kita. Kita ada pemimpin kaum Melayu yang begitu kuat jerit "ketuanan Melayu" dan menghina hak rakyat Malaysia untuk menetap di sini. Walaupun kebanyakan rakyat Malaysia yang bukan Melayu tidak pernah tahu sebarang negara lain sebagai tanah air mereka, tetaplah mereka diberitahu "ini bukan negara kamu. Kamu pendatang asing, jadi awaslah. Kalau awak tak suka, awak pergi balik tongsanlah. Kita rakyat Malaysia yang tulen tidak perlu kaum kamu di sini."
Dan kita juga ada pemimpin kaum Cina dan India yang menegaskan pendirian mereka untuk berwaspada dan menjaga "budaya dan identiti" mereka. Sekolah-sekolah Cina dan Tamil tetap diperjuangkan agar "pendidikan Cina" dan "pendidikan Tamil" dapat dijaga. Aku menganggap ini sebagai kebodohan dan ketamakan yang tinggi-tinggi belaka. Mana ada "pendidikan Cina" atau "pendidikan Tamil" di Malaysia? Mana boleh ada "pendidikan Melayu" atau "pendidikan Kadazan" atau "pendidikan Dayak"? Kita hanya ada satu jenis pendidikan -- pendidikan kebangsaan. Tetapi pemimpin masyarakat Cina dan India tetap menafikan hakikat ini. Pemimpin Melayu juga bersalah -- apa gunalah kolej sains MARA kalau hanya kaum Bumiputra boleh masuk? Adakah kita satu negara, atau tiga negara yang menetap di satu tanah yang dibahagikan antara tiga-tiga negara ini? Kenapa kita mesti begitu tamak? Tak boleh kita nampak bahawa dengan masa, integrasi tidak boleh diberhentikan?
Ia sudah berlaku. Kita senanglah makan sate di rumah terbuka pada Hari Raya Aidilfitri. Datang Tahun Baru Cina pula, kita semua menikmati mercun. Pada Deepavali, kita gemar makan chapati dan muruku. Pada bila-bila masa, kita boleh menonton filem tempatan, filem Hollywood, filem Bollywood, apa-apa pula -- integrasi budaya-budaya yang berlainan. Sekolah-sekolah yang lain untuk setiap kaum memastikan setiap kaum hanya didedah kepada budayanya sendiri. Tiada fikiran langsung mengenai akibat ini. Kan lebih baik kalau setiap kaum dapat berkongsi budayanya dengan kaum lain? Itulah cara menjaga budaya dan identiti -- dengan menggabungkan budaya-budaya berlainan kita untuk mengasaskan sebuah budaya Malaysia. Bukan sahaja kaum Cina yang akan tahu membuat tarian singa. Bukan sahaja kaum India yang boleh membuat muruku. Bukan sahaja kaum Melayu yang boleh membuat persembahan dikir barat. Kalau tiap-tiap rakyat Malaysia dapat menikmati setiap unsur daripada budaya-budaya berlainan kita, kan lebih baik? Tetapi nampaknya, kita masih terperangkap dalam mentaliti pengepungan -- "siege mentality". Kita semua hanya fikir tentang kaum sendiri, bukan negara.
Aku tidak benci mana-mana kaum. Tetapi aku berhasrat dengan penuh bahawa kita boleh menepikan perbezaan antara bangsa dan budaya lain kita, dan fikir sendiri rakyat Malaysia, bukan rakyat Melayu, rakyat Cina, atau rakyat India. Aku mahu cintai Malaysia. Aku mahu menganggap diriku sebagai seorang rakyat Malaysia. Aku tidak mahu tiga masyarakat yang asing di Malaysia. Aku mahu satu masyarakat sahaja -- masyarakat Malaysia. Tetapi betulkah ini mungkin? Mana boleh aku menjadi rakyat Malaysia apabila aku diberitahu aku pendatang asing sahaja? Bolehkah aku percaya kita bersepadu sebagai sebuah negara apabila kita ada pemimpin Melayu, pemimpin Cina, dan pemimpin India? Mana pemimpin Malaysia? Aku amat hampa dengan penduduk-penduduk negara ini.
Aku tidak menganggap seorang antara kita sebagai rakyat Malaysia. Kita semua cuma rakyat Melayu, rakyat Cina, dan rakyat India yang menetap di sebidang tanah yang dipanggil Malaysia. Apabila perlu didirikan konsep "bangsa Malaysia", ada dua jenis bangsa -- bangsa rakyat "tulen" dan bangsa rakyat "pendatang". Walaupun aku ada seribu nyawa untuk berkorban demi negara Malaysia, aku tak boleh menjadi bangsa rakyat tulen. Walaupun saya dikebumikan, saya masih pendatang asing -- itu sahaja. Dan kalau ada seorang Melayu berkorban demi negara Malaysia, dia tetapi dianggap oleh "seorang Bumi tak guna" oleh kaum bukan Melayu -- itu sahaja. Kita bukan rakyat Malaysia, walaupun bersatu dalam mati untuk negara. Dan itu nasib yang amat sedih, untuk kita semua -- penduduk-penduduk Malaysia yang rakyatnya dalam nama, tetapi sebenarnya masih dibahagikan kepada rakyat tulen, dan rakyat pendatang.
No comments:
Post a Comment