Jingga
13 mendesak PDRM untuk membuka kertas siasatan berkaitan seorang
seorang pengawal keselamatan, Sugumar Cheliah – 40 Tahun yang didakwa dipukul oleh polis dan orang
awam di Taman Sri Nanding, Hulu Langat hingga membawa kematian. Memetik
kenyataan saksi menyebut sekurang-kurangnya empat anggota polis
terlibat mengejar Sugumar dan seterusnya menahan dan menggari lelaki
tersebut dalam kejadian itu. Laporan itu menyebut, seramai 20 orang yang lain kemudiannya didakwa menyertai anggota polis berkenaan dan memukul Sugumar.
Jingga 13 mempersoalkan mengapa mangsa digari, kemudian dipukul,
dibogelkan serta dilumur dengan serbuk kunyit dan kemudiannya mangsa
didapati meninggal dunia. Setelah itu dicampakkan ke bahu jalan dan
dibiarkan sehingga pasukan forensik PDRM yang tiba jam 11 malam.
Kenyataan Ketua Polis Kajang amat diragui kerana dilihat seolah olah
satu cubaan ingin menutup kes itu dengan mendakwa bahawa polis tidak
memukul Sugumar hingga mati dan dia meninggal dunia akibat serangan
jantung. Sedangkan tiga saksi telah tampil memberi keterangan bahawa
Sugumar telah dikejar oleh polis, digari, dipukul dan berlumur dengan
kunyit.
Adalah menghairankan apabila pihak polis mendakwa bahawa tidak ada unsur
janayah, sedangkan mereka telah merekodkan kenyataan ketiga-tiga saksi
berkenaan. Semalam polis mengklasifikasikan kes Sugumar sebagai
'kematian mengejut' dan bedah siasat menunjukkan dia mengalami saluran
jantung tersumbat dan tiada sebarang kecederaan lain.
Jingga 13 mendesak pihak PDRM untuk segera membuka kertas siasatan dan
mengambil tindakan kepada pegawai dan anggota-anggota polis termasuk
beberapa individu yang terlibat
memukul mangsa sehingga membawa kematian. Seseorang yang ditahan dan
dituduh bersalah seharusnya dibicarakan dan diadili terlebih dahulu
sebelum dijatuhi hukuman. Polis dan orang awam tiada kuasa untuk menghukum sesuka hati seperti yang diperuntukkan dalam undang-undang Malaysia.
Jingga 13 memandang serius terhadap tindakan kejam sesetengah pegawai
dan anggota polis yang menggunakan kekasaran melampau terhadap OKT.
Insiden ini bukan baru berlaku tetapi telah banyak kali berulang kali
dan ramai OKT kehilangan nyawa ketika ditahan polis.
MUAFAKAT*PRIHATIN*BERANI
MUAFAKAT*PRIHATIN*BERANI
Mohd Rudey Bin Abd Rahman
Koordinator Penerangan
Jingga 13 Malaysia
Koordinator Penerangan
Jingga 13 Malaysia
- Sharp Shooter
1 comment:
pelikla aku...ckp 4 org polis & 20-30 org awam belasah mangsa...abestu awat asyk nk salahkn polis jek???awat xcrk skali org awam yg terlibat???nmpk sgt ni sume propaganda nk jatuhkn polis...puiiii....
Post a Comment