Mulai
sekarang kita panggil Dato Najib- Kim Il Najib. Semua gara2 gambar. Gambar
Najib dan Kak Ros adalah gambar suci. Gabar alim agama seperti Nik Aziz takpe
kalau diludahi dan dibakar. Ini agak nya yang dimaksudkan oleh Dr Mahathir bila
dia kata , selepas PRU13 ini, Najib jadi orang garang.
Pada peringkat gambar sahaja, kalau orang tak
hormat, tangkap dan tembak. Najib hendak jadi dictator macam Kim Il Sung. Kita
tengoklah nanti- puak UMNO akan memuja pemimpin Korea Utara. Pemimpin Korea
Utara pun ummatan wasatho- dalam konteks wasathiyah UMNO.
Dari sudut
itu, Najib sama dengan Kim Il Sung. Jadi, Kim Il Najib lah nama yang paling
sesuai dengan nya. Seorang komunis dan
seorang mengaku dia democrat. Tidak lama
lagi, bila kita berdepan dengan gambar Najib, kita semua mesti tunduk hormat
macam orang Jepun. Sama seperti rakyat Korea lakukan bila berdepan dengan
potret Kim Il Jung atau Kim Il Sung.
Kita orang
Melayu yang beragama Islam ini janganlah taksub sangat dengan gambar
Najib. Kalau kita hendak orang hormat
gambar Najib, kenalah kita juga menghormati gambar orang lain. Ketua
Pembangkang sebagai contoh, kalau dalam negeri sistem Westmnister, adalah ketua
Pembangkang Raja Malaysia. Seperti juga England, ketua Pembangkang ialah Her
Majesty’s Oposition Leader. Dia pun PM in waiting. Jadi kena lah hormat juga.
Dinegeri yang bertamaddun, kita saling hormat menghormati satu sama lain. Semua
terlibat dalam industry yang sama yakni menawarkan kepada rakyat jelata
kepimpinan kita, wawasan dan dasar kita dan keperibadian parti kita. Bolehkah
kita hormat kalau character parti kita macam samseng?
Kalau kita
hendak debat, maka berdebatlah atas dasar pemimpin dan kepimpinan, dasar parti
kita dan keperibadian parti kita. Biarkan rakyat buat pengadilan. Kalau UMNO
bagus, maka UMNO lah yang mereka pilih. Kalau PR bagus, maka PR yang mereka
pilih. Sesiapa yang menang, kita akan nilai nanti apa yang mereka lakukan.
Apa yang sebenar
nya Najib tawarkan kepada rakyat? Menawarkan pemimpin UMNO yang berkualiti?
Ramai yang korap dan tidak bersih. Yang tuduh pemimpin UMNO korap ialah Dr
Mahathir sendiri. Dalam suatu jamuan makan tengah hari dengan bekas2 menteri
cabinet, Dr Mahathir sendiri yang mengistiharkan bahawa semua pemimpin
kerajaan/UMNO adalah korap dari yang tertinggi sampai kepada yang kecil.
Mengikut kefahaman saya yang lulus SA- Sekolah Atap, yang dimaksudkan oleh Dr
Mahathir yang ada weak school certificate, yang korap itu termasuklah Dato
Najib sendiri. Bukan saya yang kata, Dr Mahathir yang kata. Dan sebagai PM
selama 22 tahun, dalam bab ini saya percaya Dr Mahathir sebab dia ada fail
setiap menteri dibawah nya.
Pemimpin
UMNO bodoh. Bukan saya kata- Dr Mahathir yang kata. Mereka ini semua half past
six leaders. Dr Mahathir kata, yang cerdik sudah masuk DAP, yang bijak masuk
PAS dan yang pandai masuk PKR. Jadi tinggallah yang koro dan koman didalam
UMNO.
Maka jika
pemimpin UMNO bodoh seperti yang diperakui oleh Dr Mahathir. manalah boleh kita
sandarkan masa depan negara, masa depan orang Melayu dalam tangan pemimpin yang
korap, rasuah dan bodoh pula?
Sekarang,
bila Dr Mahathir melihat besar kemungkinan UMNO kalah, maka dia bertungkus
lumus menegakkan benang basah. Kerana itulah, saban minggu Dr Mahathir asyik
dok beri taklimat kepada badan pehubungan UMNO negeri2- supaya menerima calun2
payung terjun. Kita dah tak ada calun bermutu. Terpaksa ambik dari luar.
Mulakan
dari Najib sendiri. Bolehkah Najib dijadikan contoh pemimpin yang baik? Najib
sendiri, sebagai pemimpin- dia bukanlah maksum. Najib tidak boleh dijadikan
sebagai contoh teladan- Najib dan pemimpin UMNO tidak mencerminkan pemimpin
yang bersih dan pemimpin yang bagus. Kerajaan yang bersih dan kerajaan yang bagus
memerlukan pemimpin yang bagus dan bersih.
Dari sudut
mana, kita nak jadikan Najib sebagai tokoh wasathiyah? Sebagai pemimpin oang
Melayu, dia nampak lembik. Depan orang Melayu dia takutkan orang Melayu dengan
DAP. Depan orang Cina dia kata nanti PAS akan sunat dan potong tangan semua
orang. Depan orang India dia akan kata PAS dan DAP bahaya. Depan raja2 Melayu
dia akan kata, kalau PR memerintah, negara ini akan jadi repablik. Maka kerja
dia hari2 ialah berdusta dan berbohong.
Dia tidak
ikhlas dan jujur bila tolong dan bantu rakyat. Dia akan bantu dengan syarat
rakyat kata terima kasih. Dia hanya bantu bila sokong UMNO dan Najib. Pemimpin
yang jujur dan amanah, bila dia bantu rakyat dia tidak letak syarat. Hendak
tolong, tolong kerana itu suatu amanah.
Tidak
pernah buat keputusan yang muktamad. Negara dibiarkan dalam keadaan huru hara.
Najib tidak berbunyi sedikitpun bila anasir2 jahat dan kaki busuk mengacau
ketenteraman awam. Najib sebagai PM bisu seribu bahasa bila kaki busuk
menggunakan agama untuk pecah belah masyarakat. Agama ajak orang melakukan
kebaikan, puak UMNO anjur lakukan rusuhan. Najib sebagai ketua amat lemah.
Najib suka
lakukan rasuah. Dr Mahathir kata pemberian BRIM dan bayaran2 lain hampir
menyamai rasuah dan beli undi. Saya tidak boleh mengatakan sebaliknya apabila
pemberian wang sana sini dilakukan dan diinstitusikan. Ertinya, rasuah dan
sogokan kepada rakyat dijadikan suatu amalan kebiasaan. Inilah nilai yang
hendak diterapkan oleh Najib.
Bagaimana
pemimpin UMNO hendak dijadikan contoh teladan atau contoh sederhana sebagai
umat pertengahan- ummatan wasatho? Rakyat dianjur belanja cermat dan jimat-
isteri bersalut dengan berlian dan bertatahkan emas? Bagaimana jadi contoh
teladan untuk jadi amanah, bila harta benda kerajaan diperlakukan seperti harta
sendiri? Jet kerajaan digunakan untuk beli belah dan mengangkut kawan2 mandi
lulur di Indonesia?
Kemudian
bagaimana UMNO itu sendiri hendak dijadikan contoh teladan? Ahli dan penyokong
tidak ada disiplin dan bertindak macam samseng kampong dusun? Semua jadi Sharif
Dol. Penyokong UMNO tonggeng bontot didepan rumah Ambiga. Penyokong UMNO gesa
Ambiga digantung kerana mempunyai pandangan yang berbeza. Inginlah kita
ingatkan penyokong UMNO, kita hukum gantung pembunuh dan pengedar dadah. Kita gantung
bunuh orang yang membunuh Altantuya. Mereka ini kita gantung bukan cerut leher
orang yang berbeza pendapat dengan kita.
Malah
setiap pemimpin UMNO banyak cacat dan cela dari ciri2 baik nya. Mereka kata
Anwar Ibrahim tidak bermoral, pemimpin UMNO pun tidak kurang jahat nya. Orang
Melayu tidak peduli sangat ciri2 peribadi yang ada pada pemimpin Melayu. Kalau mereka
mengutamakan kebersihan moral, tentulah ramai pemimpin UMNO ditolak.
Jadi
mengapa sekarang apabila tiba membezakan antara pemimpn UMNO dan bukan UMNO,
perhitungan moral seseorang menjadi tersangat penting? Jangan lah berpura pura.
malu kita bangsa Melayu, bila pemimpin UMNO boleh sebut dalam parlimen- kalau
kita korap, mengapa rakyat tetap memilih kami?
Inilah yang
kita mahu tukar. Kita jangan lagi memilih pemimpin yang korap sebab memlih
mereka menjadikan mereka angkuh dan mereka akan buli dan mem-boss kita.
Yang dalam
ketakutan sekarang ialah UMNO. Sebab itu dia gunakan segala cara untuk mengikat
minda rakyat. UMNO ulang cerita lama dengan mengatakan dibawah PR, rakyat tidak
ada masa depan. Kalau PR memerintah, orang Melayu terancam sebab DAP akan
mendominasi. Masaalah UMNO ialah dia ingat Melayu dalam PAS dan Melayu PKR sama
standard dengan orang UMNO. Najib lupa, jumlah ahli parlimen Melayu tetap
mengatasi jumlah ahli parlimen Cina. Calun UMNO digantikan oleh calun Melayu
dari PAS dan PKR dan calun Melayu DAP.
Apa yang
terjadi pada UMNO sekarang? Hendak cari calun yang berkaliber dan bermutu dari
kalangan 3.2 juta pun susah. Kali ini UMNO akan mengenengahkan ramai calun2
payung terjun. Ini mengesahkan , walaupun UMNO itu ramai ahli nya, mutu mereka
tidak ada. Setiap minggu Dr Mahathir bertemu dengan badan perhubungan UMNO
setiap negeri berpesan pada mereka , bersedialah untuk menerima calun2 yang
ditetapkan oleh pemimpin UMNO. Mesti buat bai`ah jangan sabotaj UMNO.
Demikianlah cemas nya UMNO. Parti yang ramai ahli, tapi penuh sampah sarap.
Bukan saya kata, Dr Mahathir kata dan disahkan dan diperakui oleh Najib dan
Muhyidin.
No comments:
Post a Comment