KOTA KINABALU: Dewan Pemuda PAS negeri Sabah mendesak agar Suruhanjaya
Pilihanraya (SPR) tampil memberikan penjelasan berhubung isu salah
seorang kakitangan kanan mereka di SPR cawangan negeri Sabah dikatakan
turut mempunyai jawatan yang penting di peringkat pemuda UMNO bahagian
Kinabatangan.
Hal ini disampaikan kepada Dewan Pemuda PAS negeri Sabah oleh beberapa
orang rakyat negeri ini yang prihatin apabila mereka mendapati bahawa
beberapa kenyataan pegawai SPR tersebut di media sosial kelihatan jelas
menampakkan beliau mempunyai kedudukan dan kepentingan dalam Umno.
Justeru pemuda PAS Sabah menuntut agar respon yang segera daripada SPR.
Demikian kata Lahirul Latigu (gambar), Ketua Pemuda PAS Sabah dalam satu kenyataannya hari ini.
Pemuda PAS Sabah menginggatkan bahawa ia akan menjejaskan kepercayaan
rakyat terhadap kredebiliti SPR selaku organisasi yang bertanggungjawab
memastikan pelaksanaan demokrasi di negara ini.
"Sekiranya SPR tetap memilih untuk terus membisu dalam isu ini pihak
Dewan Pemuda PAS tidak akan teragak-agak untuk mendedahkan butiran yang
lebih lanjut berkaitan individu ini," kata Lahirul.
Dewan Pemuda PAS, katanya, akan memastikan hal ini mendapat jawapan yang
jelas dari pihak SPR kerana mereka tetap dengan komitmen untuk bersama
dengan inspirasi rakyat Sabah untuk melihat proses pilihanraya dinegeri
ini berjalan secara adil dan bersih.
No comments:
Post a Comment