Kunci bagi memastikan Malaysia untuk terus aman dan makmur ialah dengan memastikan Umno tidak lagi diberi mandat pasca PRU13.
Pilihanraya adalah mekanisme penting dalam negara yang mengamalkan
sistem demokrasi. Ia adalah proses pengurniaan mandat dan kuasa rakyat
kepada seseorang individu dan sesebuah parti untuk mentadbir sesebuah
negeri dan negara bagi menjamin kemerdekaan, memelihara keamanan, memacu
kemajuan dan menegakkan keadilan untuk rakyat dan tanah air ini.
Proses ini mesti berlangsung dengan tiga (3) unsur; [1] partisipasi
menyeluruh rakyat, [2] jaminan kebebasan asasi, dan [3] proses yang
bersih dan adil.
Idea pendaftaran automatik dan penurunan umur kelayakan sebagai
pengundi adalah cadangan bijaksana bagi memastikan lebih ramai rakyat
terlibat.
Rakyat mesti dijamin kebebasan asasi mereka seperti kebebasan
bersuara, berparti dan berhimpun, tanpa sekatan menggunakan pelbagai
undang-undang dan peraturan.
Reformasi pilihanraya perlu berlaku dengan membersihkan senarai
pemilih, akses media yang saksama dan penolakan terhadap budaya politik
kotor dan samseng.
Bersilih-ganti sesebuah parti kepada parti yang lain untuk mengetuai
kerajaan adalah suatu yang normal bagi proses ini di negara-negara yang
mengamalkan demokrasi secara telus.
Doktrinisasi dan persepsi bahawa pertukaran ini adalah suatu yang negatif yang dilancarkan adalah kerana dua (2) perkara; [1]
kebimbangan yang teramat sangat oleh sesebuah parti terhadap kemandirian partinya untuk terus kekal berkuasa, dan [2] menganggap bahawa rakyat terlalu dangkal untuk membuat pilihan bagi menentukan kerajaan.
kebimbangan yang teramat sangat oleh sesebuah parti terhadap kemandirian partinya untuk terus kekal berkuasa, dan [2] menganggap bahawa rakyat terlalu dangkal untuk membuat pilihan bagi menentukan kerajaan.
Resah-gelisah
Secara terus-terang dan seluruh rakyat sedang merasai hal ini, Umno
sedang resah-gelisah, lalu rakyat cuba diperbodoh-bodohkan.Bimbangnya
Umno kerana ia diketuai seorang Presiden merangkap Perdana Menteri yang
belum mendapat mandat rakyat sehingga ke hari ini, dan sehingga ke hari
juga Umno belum yakin untuk mendapatkan mandat daripada rakyat melalui
pilihanraya.
Jika kalah, keadaan ini tidak mudah untuk Umno pasrah sementelahan
lagi ia telah berkuasa selama lebih separuh abad. Sebelum ia terpaksa
pasrah, Umno pasti tidak tentu arah untuk tidak mahu menyerah.
Pasca Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2012 telah membuka mata rakyat
terhadap budaya politik Umno dan prestasinya sebagai teras kerajaan
Barisan Nasional (BN). Melalui PAU 2012, rakyat dapat melihat betapa
Umno sedang mengalami krisis keyakinan dan kesetiaan para anggotanya
yang agak keterlaluan.
Berkali-kali amaran supaya jangan sabotaj dan mesti sokong calon
parti, jelas mendedahkan realiti itu, dan rakyat pula sudah maklum
bahawa ia memang wujud dalam Umno buat sekian lama. Diikuti pula dengan
insiden provokasi dan pukul, yang sememangnya sebati dengan Umno yang
mempraktikkan budaya politik kotor dan samseng. Umno juga tidak sunyi
daripada terus terpalit dengan isu-isu rasuah dan kronisme.
Sebagai kerajaan pula, Umno tidak berkeupayaan langsung menyelesaikan
isu-isu ‘evergreen’ seperti kebejatan sosial yang berpunca daripada
hiburan melampau dan pergaulan bebas sehingga anak luar nikah yang
direkodkan sehingga ke tahun 2010 berjumlah lebih 250,000 orang,
sejumlah 76,200 graduan mengganggur tanpa peluang pekerjaan, sejumlah
besar siswazah pendidikan tidak mendapat tempat, peningkatan kos sara
hidup sehingga menyebabkan 300,000 hingga 400,000 buah keluarga
dikategorikan dalam kumpulan miskin melampau, dan harta rakyat terus
dirompak melalui rampasan royalti dan pelaksanaan undang-undang seperti
AES.
Beginilah cara Umno dan BN melaksanakan agenda “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”.
Dalam hal ini, pendirian GAMIS adalah jelas dan tegas bahawa kunci
bagi memastikan Malaysia untuk terus aman, makmur, mendahulukan rakyat,
mengutamakan pencapaian, sejahtera dan berkebajikan ialah dengan
memastikan Umno tidak lagi diberi mandat untuk mentadbir Malaysia pasca
pilihan raya umum ke-13 akan datang.
MALAYSIA TANPA UMNO.
No comments:
Post a Comment