Orang
Melayu mesti buang dan singkirkan pemikiran ini. yakni, jangan fikir bahawa
masa depan kita, kemakmuran kita hanya UMNO boleh buat. Orang Melayu bukan UMNO
pun boleh buat lagi baik. Yang pegang tampuk kuasa tidak boleh lama mengelak
dari melakukan apa yang dikehendaki oleh majority. Orang Melayu majority kan?
You cant dismiss the majority.
Lim Guang
Eng, KM Pulau Pinang. Dalam mengurus negeri tersebut, dia tak mampu
mengenepikan kehendak orang Melayu disana. Dia tahu reality politik Malaysia.
Pengajaran nya ialah sesiapa pun yang memerintah, kalau dia peka dan akur
kepada kehendak majority, akan selamat.
Orang
Melayu mesti bersatu. Tapi bukanlah bersatu dibawah UMNO. Bersatulah dalam
fikiran bahawa melalui bertindak seirama dan senada, merekalah yang ada kuasa
dan daulat untuk menentukan bagaimana negara ini ditadbir. Kita mungkin ada
kerajaan PR yang memerintah- tapi selagi orang Melayu bertindak secara
kolektif, kerajaan PR pun tidak boleh lakukan selain daripada apa yang
dikehendaki oleh bangsa Melayu. Itulah faktanya.
Bersatulah
orang Melayu tapi tidaklah ia bermaksud bersatu dibawah UMNO. Kita mesti ingat
pengorbadanan orang2 dahulu, tapi janganlah kita ingat yang berkorban dahulu2
hanya orang UMNO.
Masaalah
UMNO sekarang ialah ia gagal memncerminkan kehendak majority dalam pemimpin
nya, dalam kepimpinan merka, dalam dasar dan wawasan mereka dan dalam mutu
penyokong dan ahli mereka. Adakah majority Melalu biadab dan kebiadaman mereka
diwakili oleh pembaling batu dan cat kearah kenderaan Anwar Ibrahim. yang
tonggeng bontot didepan rumah Ambiga- adakah mereka mewakili kebiadaban orang
Melayu?
Hidup dan
mati kita bukan disebabkan UMNO. Kalau orang Melayu yang beragama Islam
berfikiran bahawa semua nya kerana dan untuk UMNO, itu sudah kufur. Jadi,
banish the thoughts that only UMNO can serve orang Melayu. Kita biarkan orang
UMNO jadi lembu, majority kita orang Melayu bukan sahaja tidak mahu jadi lembu
tapi juga tidak rela dilembukan!
Kalau kita
berkehendakkan sangat supaya orang Melayu jadi ketua, kita pilih orang Melayu.
Antara calun MCA dan calun Melayu bukan UMNO bertanding, pilih orang Melayu.
Kalau Melayu DAP lawan cina MCA, pilih Melayu DAP. Kalau Melayu PAS lawan
Melayu UMNO, pilih yang terbaik diatara mereka. Jangan pilih Melayu UMNO
walaupun kita tahu dia penyangak dan gangster dan kaki sapu duit. Salah fikiran
begitu. Kalau orang Melayu nak selamat- maka perkiraan yang paling selamat,
kalau Melayu lawan Cina , pilih Melayu. Kalau Melayu lawan Melayu pilih yang
lebih baik.
Orang
Melayu tidak ikat janji dengan UMNO. Jadi relakslah. Kita tak ikrar,
sesungguhnya solat ku, ibadahku, hidupku dan mati ku kerana UMNO pemerintah
alam kan? Tak kiamat dan tidak kafir kita kalau singkirkan UMNO.
Najib kata
kalau UMNO kalah, masa depan orang Melayu akan muram. Ek betul dia dan UMNO.
Macamlah dia dan UMNO sahaja yang boleh menjaga kebajikan orang Melayu.
Sebuah
kerajaan yang majoritinya Melayu pun boleh buat lebih baik dari UMNO. Penjagaan
dan perlindungan kebajikan dan kepentingan orang Melayu tidak bersyaratkan UMNO
sahaja yang boleh lakukan. UMNO dah perintah sejak tahun 1955 dan semenjak
merdeka iaitu selama 55 tahun. UMNO dapat masa tersebut dan masih gagal nak
lakukan yang sepatutnya dilakukan. Itu sudah bukti kuat, UMNO tidak mampu
lakukan apa yang mereka janji. Sudah tiba masa nya, kita tendang UMNO keluar
dan gantikan dengan kerajaan PR dimana majority pemimpin nya tetap juga Melayu.
Apa yang
kita lihat pada UMNO? Kita lihat bahawa setiap pemimpin UMNO melihat kedudukan
dan jawatan yang mereka dapat sebagai punca mencari rezeki dan kekayaan. UMNO
penuh dengan pemimpin yan rasuah. Tak masuk akal seorang naib preisden UMNO
boleh beri isteri muda RM 200 ribu dan RM 1 juta seminggu!. Tak masuk akal
pemimpin UMNI dengan gaji menterinya boleh memiliki lebih dari 12 buak kereta
mewah. Kita tak boleh terima Noh Omar bekalkan benih padi melalui syarikat
proxy nya. Semua menteri UMNO korap dan rasuah. Mukhriz dan Mutapa Mohamad
dikatakan telah mengagihkan 100 juta saham FGV antara mereka berdua. Orang
Melayu peneroka Felda yang berjumlah 112, 000 orang hanya dapat 800 unit saham
seorang.
Janganlah
orang Melayu menerima amalan rasuah sebagai suatu kebiasaan. Punah orang
Melayu. Jangan kita biarkan UMNO melakukan sesuka hati atas nama bangsa kita.
Jika tidak, akan tiba suatu hari nanti,kita merelakan pemimpin UMNO masuk
kedalam rumah kita meniduri isteri dan anak kita. Tapi oleh sebab kita
membiasakan diri kepada kemungkaran, kita kata ok sebab pelaku nya bansga
Melayu yang buat perkara itu atas nama bangsa Melayu!. Hidup Melayu jerit kita.
UMNO tidak
lagi melihat kuasa dan kedudukan sebagai wadah untuk berkhidmat kepada rakyat.
Kita tidak mahu lagi pemikiran demikian pada pemimpin kita. Dan kita ada kuasa
memilih. Kalau kita pilih UMNO, maka kita akan pilih mereka yang akan
mengayakan diri mereka dan mengenepikan khidmat kepada rakyat.
Melayu
tetap Melayu dan tetap beragama Islam walaupun mereka bukan berada dalam UMNO.
Perkara ini kita kena sedar. Orang Melayu dalam PAS tetap Melayu. Orang Melayu
dalam PKR tetap Melayu. Orang Melayu dalam DAP pun tetap Melayu. Melayu mereka
tidak kurang dari Melayunya UMNO dan tidakkah kita bongkak dan angkuh kalau
berfikiran bahawa pemikiran mengenai soal2 Melayu orang UMNO lebih tinggi
darjatnya dari pemikiran soal2 Melayu mereka yang ada diluar UMNO.
1 comment:
saya anak raja azman yang tulis revolusi mental mana ada anggapan awak betul meleset semua my dad didn't write the book to fight the government just to make malays thinkers not followers blindly and not anarchists either!
Post a Comment