KOTA BHARU: Kemenangan calon PAS, Abdul Wahid Endut pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu 17 Januari ini cukup penting bagi Pakatan Rakyat, kata Setiausaha Wanita DAP, Teresa Kok.
Beliau berkata, bagi memastikan kemenangan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya tersebut DAP turut sama berkempen membantu calon PAS yang bertanding.
"Malah Naib Pengerusi DAP Pusat, Dr Tan Seng Giaw datang memberi sokongan semasa ceramah mengumumkan calon PAS di Kuala Terengganu pada 1 Januari lalu," katanya di sini, baru-baru ini.
Pada pilihan raya kecil tersebut Abdul Wahid akan berdepan dengan Dato' Wan Ahmad Farid Wan Salleh mewakili Barisan Nasional dan calon bebas, Azharuddin Mamat.
Pilihan raya tersebut diadakan berikutan kematian penyandangnnya Dato' Razali Ismail.
Teresa yang juga anggota Parlimen Seputih berkata, DAP memberi sokongan padu kepada PAS bagi merampas kembali kerusi Kuala Terengganu yang terlepas ke tangan BN sejak 2004.
Malah katanya, beliau juga pergi ke Kuala Terengganu menemui masyarakat Cina bersama Abdul Wahid dalam satu kempen yang diadakan baru-baru ini.
"Pada kempen tersebut Abdul Wahid memberi hadiah bunga kepada wanita-wanita Cina yang ditemui. Keadaan itu begitu menarik sekali kerana ia jarang berlaku sebelum ini.
"Malah masyarakat Cina tempatan menerima kedatangan kami dengan ramah sekali," katanya.
Sementara itu, anggota Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Mohd Amar Abdullah melahirkan rasa hairan bagaimana begitu ramai anggota polis dikerah ke Kuala Terengganu bagi menghadapi pilihan raya tersebut.
Katanya, seramai 6,000 anggota polis dipunggah ke Kuala Terengganu seolah-olah mengggambarkan suasana tidak elok akan berlaku.
Mohd Amar yang juga anggota Exco kerajaan negeri berkata, situasi baru politik di kalangan pembangkang berlaku di negara ini bermula tahun lepas apabila dua parti yang berlainan ideologi dapat duduk bersama dalam satu pasukan.
"PAS dan DAP masing-masing mempunyai pendirian yang berbeza, namun sekarang dapat duduk semeja dalam mentadbir beberapa negeri..
"Oleh itu kalau berlaku silap salah ia menjadi perkara biasa ke arah memantapkan lagi Pakatan Rakyat," katanya.
Harakah
06/01/09

No comments:
Post a Comment