ALOR SETAR, 19 Jan (Hrkh): Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat mengukuhkan lagi hubungan dan kerjasama antara lima negeri tersebut apabila mencapai persetujuan menubuhkan Majlis Menteri Besar/Ketua Menteri.
Persetujuan yang dikenali sebagai "Pengisytiharan Mentaloon" itu dicapai pada Persidangan Menteri-Menteri Besar Dan Ketua Menteri Kerajaan Negeri Bersama Kepimpinan Pakatan Rakyat yang diadakan di Kediaman Rasmi Menteri Besar Kedah, Sri Mentaloon, dekat sini semalam.
Persidangan kali pertama itu juga bersetuju menubuhkan sekretariat bagi mengendalikan urusan majlis tersebut di mana Majlis Menteri Besar/Ketua Menteri akan bersidang sekurang-kurangnya dua kali setahun.
Sementara itu, Majlis Exco turut dibentuk bagi kelima-lima negeri dan dijangka akan bersidang dengan lebih kerap.
Menurut Menteri Besar Kedah, Dato? Seri Azizan Abdul Razak, majlis tersebut mempunyai bidang tugas untuk menjalankan agenda Pakatan Rakyat serta akan menyelaraskan program dan aktiviti selain mengurangkan perbezaan antara kerajaan di lima negeri tersebut.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pula berkata, majlis itu akan berkongsi maklumat dari segi kejayaan pencapaian pelaksanaan pengurusan negeri dan juga masalah-masalah dari segi pentadbiran sekaligus menuju kepada satu taraf pengurusan negeri yang lebih mantap.
Menurut beliau juga, hubungan yang rapat antara lima negeri itu akan mengurangkan masalah 'miss communication' sebaliknya meningkatkan konsep persamaan pendapat dan maklumat.
Sementara itu, memberi penjelasan kepada pertanyaan pihak media, Menteri Besar Perak, Dato? Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, majlis tersebut akan dipengerusikan oleh Menteri Besar atau Ketua Menteri di negeri tempat persidangan diadakan.
Persidangan pada petang tersebut turut dihadiri Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato? Nik Abdul Aziz Nik Mat, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng selain disertai Exco Kanan dan Setiausaha-setiausaha Politik Menteri Besar/Ketua Menteri.
Exco Kanan Kerajaan Kelantan, Dato' Husam Musa hadir mewakili Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Harakah
19/01/09

No comments:
Post a Comment