KUALA TERENGGANU: Peristiwa 13 Mei 1969 hanya didapati berlaku di negeri-negeri yang diperintah Barisan Nasional (BN).
Sedangkan di negeri yang diterajui PAS di Kelantan tidak berlaku rusuhan kaum ketika itu.
Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato? Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, semasa berlaku peristiwa 13 Mei 1969, di negeri-negeri yang Umno perintah berlaku kekacauan.
"Di Kelantan, walau pun orang Cina sedikit tetapi tidak berlaku ketegangan kaum kerana orang Melayu Kelantan berpegang kepada agama," katanya di hadapan kira-kira 700 masyarakat Tionghua pada satu majlis makan malam di sini, malam tadi.
Program itu diadakan di Restoran Ocean, di bandar ini.
Majlis itu dianjur bersama pemimpin DAP. Hadir sama Pengerusi DAP, Lim Kit Siang, Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw.
Anggota Exco kerajaan Kelantan, Dato' Anuar Tan Abdullah dan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Zaid Ibrahim.
Turut hadir, blogger Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin dan ramai lagi anggota Parlimen DAP.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am PAS berkata, agama Islam mengajar manusia menjaga hubungan antara manusia dan menyelamatkan daripada berlaku huru-hara serta kekacauan.
"Islam mengajar umat-Nya berlaku adil dan saksama terhadap semua manusia tanpa mengira warna kulit, agama dan bangsa.
"Bangsa dalam Islam tidak mempunyai apa-apa kelebihan dan kemuliaan kecuali manusia yang beriman dan bertaqwa kepada Tuhan Yang Esa," ujarnya.
Katanya, semua manusia adalah bersaudara dan Islam tidak pernah membezakan antara bangsa Arab, Melayu, Cina, India dan sebagainya.
Harakah
15/01/09

No comments:
Post a Comment