Sumbangan Para Bloggers Amat Dihargai

Tahniah kepada Calun Parlimen K. Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut, yang menang bergaya mengalahkan Calun UMNO, Wan Farid yang juga merupakan calun favourite Pak Lah di Terengganu.

Memang dari awal, sudah di jangka bahawa PAS akan memenangi pilihanraya ini. Namun sesungguhnya yang membimbangkan adalah penyelewengan yang mampu di buat oleh agen agen UMNO, polis dan SPR.

Saya percaya bahawa memang terdapat penipuan, cuma biar lah mereka pendam. Yang penting, kita dah menang dan pemantauan akan terus di buat untuk masa masa yang akan datang.

Apa yang saya tekankan disini adalah, betapa parti PAS sesungguhnya pandai mengambil hati para pengundi, rakyat dan blogger.

Terdahulu, TG Haji Hadi membuat kenyataan bahawa beliau akan merujuk kepada bloggers sebelum membuat keputusan siapa yang akan menjadi calun. Dan selepas menang, Husam Musa mengucapkan terima kaseh kepada blogger menerusi Sya Reformis, ahli Bloggernetwork.

Jika di imbau kembali rentetan kemenangan yang berlaku sejak pilihanraya umum ke 12 tahun lepas, saya masih tidak mendengar sebarang ucapan terima kasih dari Pemimpin PKR. Dari Syed Ali, YB YB mahupun Anwar dan juga Wan Azizah sendiri.

Selepas kemenangan PAS pada PRU12 lepas, ramai blogger yang datang ke KL untuk hadiri majlis makan malam dan kesyukuran. Ketika itu Menteri Besar Perak, DS Ir Nizar pun hadir.

Mungkin aku terlepas pandang, tapi rasanya tidak silap.

Adakah PKR rasa mereka menang kerana mereka itu hebat, atau mereka menang kerana faktor Anwar?

Saya rasa kemenangan yang tercapai adalah kerana orang terlalu benci pada UMNO. Dan kerana itu lah maka ramai YB YB di kalangan PKR yang kita tidak kenal tapi masih mampu menang. Akhirnya bila menjalankan tugas, sesungguhnya mereka tidak berkalibar. Lebih cakap dari buat dan ada yang sedang mengumpul projek untuk kaya dalam semusim pemerintahan.

Kerana itu, saya berharap agar, pemimpin PKR kena nilaikan diri anda, cermin dulu wajah dan berterima kaseh lah pada pengundi dan para blogger yang terus berusaha tanpa di bayar gaji.

Saya mungkin terkebelakang di dalam hal ini, tapi blogger yang senior nampaknya, ada yang hidup ala kadar dan kekadang miss soru. Siapa yang membela mereka? Tambah tambah lagi di dalam negeri yang bermenteri Besarkan pemimpin dari PKR.

Kalau lupa, ucap sekarang. Kalau tidak, tak mustahil diorang akan belasah mereka mereka ini di masa akan datang. Pesan saya, biar sombong tapi jangan bodoh. Biar bodoh tapi jangan sombong.

Arakian, sekonyong-konyong ada yang kononnya menulis mewakili bloggers mengemis perhatian malah mengugut! Malangnya fakta meleset sekali.

Biasa saja kita dengan leteran, atau membebel. Tetapi sekadar maklumat agar tidak ada yang turut tersasul nanti. Dalam ucapan dan kenyataan saya salepas pilihanraya, ucapan Azizah selaku Presiden di Kongres yang lalu, kenyataan berkait penahanan Raja Petra dan sebagainya, dinyatakan sumbangan positif para blogger.

Alahai…

ANWAR IBRAHIM

No comments: