Pimpinan Umno, melalui lidah rasminya Utusan Malaysia telah memintal fitnah jahat demi menggambarkan saya sebagai seorang yang terdesak dan sanggup menjadi talibarut CIA. Laporan akhbar bertarikh 11hb Julai 2010 telah memuatkan laporan yang bertajuk “Penulis Blog AS Dedah Anwar Alat CIA” dan juga memintal pembohongan kononnya saya membuat bayaran kepada Cable News Network(CNN) untuk muncul di ruangan Connect The World. Dengan hanya berasaskan tulisan blog Elaine Supkis (kononnya blog terkenal) dan kenyataan seseorang yang bernama Joshua Trevino, Utusan Malaysia milik Umno, tanpa berpandukan etika kewartawanan memulakan satu kempen yang berakarkan kebencian.
Walaubagaimanapun pada 13hb Julai 2010, Cable News Network (CNN) telah menafikan bahawa saya membuat sebarang bayaran kepada organisasi media tersebut untuk muncul di ruangan Connect The World. Penafian ini sekaligus membuktikan tuduhan yang dilemparkan pimpinan Umno-Bn terhadap saya melalui akhbar Utusan Malaysia merupakan satu fitnah yang jahat dan dangkal. Malahan organisasi CNN yang berpengkalan di Hong Kong berpandangan adalah janggal mengapa tiada usaha dari pihak Utusan untuk mendapatkan kepastian dari pihak mereka. Tindakan Utusan merupakan satu kecurangan yang nyata dari amalan kewartawanan yang bermaruah dan bebas.
Kita sedar fitnah ini direkayasa khusus untuk merosakkan reputasi saya sebagai Ketua Pembangkang serta bercita-cita menggugat keutuhan muafakat Pakatan Rakyat. Pastinya cita-cita jahat mereka hanya akan tinggal sebagai satu angan-angan kosong semata. Serangan fitnah bertali arus yang ditujukan kepada saya ini bukanlah suatu yang baru. Sebelum ini saya telah dituduh sebagai agen Cina, agen India, agen Kadazan, agen Iban dan kini, mengulangi skrip lama yang usianya menjangkau satu dekad, pembohongan kononnya saya tali barut CIA kembali didendangkan.
Ternyata ianya tidak mengejutkan. Apa yang mengejutkan ialah kegagalan pimpinan Umno-Bn untuk menyedari bahawa rakyat sudahpun mual dengan fitnah sebegini. Apatah lagi sepanjang pentadbiran Dato’ Sri Najib, rakyat disajikan dengan khabar yang muluk muluk kononnya Umno-Bn berhasrat mahu melaksanakan perubahan. Namun semua itu tidak mungkin berlaku di bawah pemerintahan Umno-Bn. Setiap kali pimpinan Umno-Bn terdesak mereka akan menggunakan taktik kekerasan seperti melumpuhkan kebebasan media serta memintal fitnah jahat terhadap lawan yang berupaya menewaskan mereka. Kita memberi amaran kepada pimpinan Umno-Bn untuk bersedia dihukum pada Pilihanraya Umum yang akan datang. Rakyat akan membuat pilihan tepat demi memilih permuafakatan Pakatan Rakyat untuk memimpin Perubahan.
ANWAR IBRAHIM
15/07/10

No comments:
Post a Comment