(Oleh Sidiqin Omar)
KUALA LUMPUR 19 MAC: Bekas Ketua Daerah Sandakan, Hassnar Ebrahim
mengakui menandatangani puluhan ribu borang kosong bagi membolehkan
pendaftaran kad pengenalan biru (IC).
Beliau menandatangani borang kosong HNR3 iaitu dokumen untuk
pengesahan kelahiran bagi membolehkan seseorang mendapat kad pengenalan,
tanpa mengetahui nama dan butiran yang akan diisi.
Borang pendaftaran, katanya, diterima dari ketua-ketua kampung yang kemudian diserahkan kepada Pegawai Daerah untuk diproses.
Membuat pendedahan pada pada Forum ‘Kisah dari Lahad Datu, Siapa
Pengkhianat Sebenar?’ malam tadi, beliau berkata lebih 125,000 kad
pengenalan dikeluarkan kepada pendatang haram di Sabah antara April 1976
hingga April 1984.
Malah, katanya, beliau diarah menandatangani 500 borang HNR3 walaupun
baru tiga hari dilantik menyandang jawatan berkenaan pada 1982.
“Borang HNR3 adalah dokumen sah. Siapa yang bawa borang berkenaan ke
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan didaftar sebagai surat lahir
(beranak),” katanya pada forum itu di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur
Selangor (KLSCAH).
Kata Hassnar, BN juga mengambil kesempatan atas peperangan di Jolo,
selatan Filipina untuk mendaftar puluhan ribu pelarian termasuk warga
Sulu menjadi warganegara Malaysia menggunakan borang HNR3.
Beliau percaya, ada 800,000 warga Sulu yang dijadikan warganegara
Malaysia dengan sebahagiannya diberi kerakyatan melalui Projek IC.
Hassnar ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada
1988 selama dua bulan, kemudian sebagai tahanan rumah selama dua tahun
di Sandakan bermula 6 September 1998.
No comments:
Post a Comment