Peguam UK gerun dengan kedaifan India di M'sia

Peguam Inggeris, Suresh Grover berkata beliau terkejut dengan apa yang dilihatnya semasa menjalakan tinjauan bagi mendapatkan maklumat berhubung masyarakat India yang terpinggir di negara ini.

“Saya terpaksa katakan sebagai seseorang yang pernah terbabit dengan banyak kes undang-undang selama 30 tahun dan juga telah banyak mengembara di luar negara termasuk bekerja rapat dengan mangsa apartheid dan kaum peribumi (red) Indian di Amerika - apa yang saya saksikan minggu lalu amat menggerun dan memeranjatkan saya,' katanya.

NONEPada sidang media di Bangsar, Kuala Lumpur hari ini, Grover (kanan) yang tiba Jumaat lalu berkata beliau mendapati ada masyarakat India di negara ini yang tinggal dalam keadaan yang amat susah.

“Saya berjumpa dengan beberapa individu yang tinggal dalam papa kedana yang sebegitu menghinakan sejak merdeka, status mereka tidak berubah, mereka tetap terpinggir, anak-anak mereka tidak mempunyai masa depan.

“Jumlah mereka agak ramai dan boleh diibaratkan hidup dalam keadaan daif, malah lebih teruk daripada beberapa tempat di dunia ini. Tidak ada masa depan mereka untuk berubah kecuali rintihan mereka ditangani,” katanya.

imran khanGrover sejak lima hari lalu melawat penempatan India di Kuala Lumpur dan beberapa negeri, termasuk Negri Sembilan, Selangor, Perak, Kedah dan Pulau Pinang dalam menyediakan saman tindakan kelas yang difailkan oleh ketua Hindraf, P Waythamoorthy ke atas kerajaan British.

Kerajaan Inggeris itu didakwa cuai kerana gagal memberi perlindungan sewajarnya kepada masyarkat India, yang dibawa masuk sebagai buruh selepas mereka berundur dari Malaya ketika itu.

Tugas mencari bukti itu kini dipikul Grover berseorangan selepas rakannya, Imran Khan (atas, kiri) yang juga peguam kepada Waythamoorthy, diusir pulang dari negara ini, minggu lalu.

Malaysiakini

No comments: