Perjanjian itu dikatakan telah dipersetujui oleh “tiga bangsa utama Malaysia” dan ditimbulkan setiap kali kaum bukan bumiputera menuntut hak kebebasan sivil mereka dan desakan supaya diskriminasi ke atas mereka ditamatkan.
Buku terbaru saya 'Patriots & Pretenders' bertujuan untuk memaparkan fakta-fakta sejarah dalam perspektif supaya generasi baru rakyat Malaysia memahami sistem kelas yang diwujudkan dalam perjuangan anti-kolonial dan mengenali siapa sebenarnya pejuang anti-penjajah.
Penerbitan buku ini bertepatan dengan pengumuman baru-baru ini oleh Kementerian Pendidikan bahawa sejarah akan dijadikan mata pelajaran wajib dalam peperiksaan SPM. Ini menimbulkan bantahan lantang daripada beberapa sektor yang mendapati 'sejarah rasmi' di negara ini sebenarnya amat mencurigakan.
Sejak peristiwa berdarah 13 Mei dan penyebarluas Dasar Kebudayaan Kebangsaan, sejarah Malaysia telah ditulis mengikut sudut pandangan parti pemerintah Umno dan selaras dengan ideologi 'populis-centric' Melayu.
'Sejarah rasmi' ini digunakan untuk memperkukuh satu kumpulan etnik tertentu dan membelakangkan kaum-kaum lain dalam usaha untuk pecah dan perintah. Akibatnya, banyak masyarakat atau kaum tertentu yang telah dinafikan tempat mereka dalam sejarah Malaysia yang sah.
'Patriots & Pretenders' cuba untuk memaparkan rekod berkenaan dengan menyediakan analisis kelas semasa perjuangan. Buku ini juga mengakui sumbangan patriotik dalam semua masyarakat dan etnik dalam perjuangan menuntut kemerdekaan dan pembangunan negara.
'Sejarah Rakyat' ini adalah berasaskan penyelidikan oleh tokoh akademik yang dihormati, yang membongkar semula sejarah rasmi Malaysia yang sebenar. Dengan mengkajinya, kita boleh memahami punca polarisasi kaum di negara ini dan meletakkan asas bagi penyelesaian bukan-perkauman berhubung cabaran negara ini.
'Sejarah tak rasmi' kemerdekaan Malaysia
Walapun Malaysia mencapai kemerdekaannya lebih 50 tahun lalu, namun sehingga hari ini, rakyat sering kali diingatkan oleh pemimpin-pemimpin Umno berhubung apa yang dipanggil sebagai 'Kontrak Sosial'.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment