UMNO Home Minister Hishamuddin given 2 weeks to register HRP as political party. Or else High Court civil suit.

HRP LOGO

clip_image002

NO.6, Jalan Abdullah,

Off Jalan Bangsar,

59000 Kuala Lumpur,

Malaysia

Tel: 03-2282 5241 Fax: 03-2282 5245

Website:

www.humanrightspartymalaysia.com

Email:info@humanrightspartymalaysia.com

Date : 19/8/2011

Our reference : KH/T/333/2011

Your reference : PPM/WKL3304/10(12)

Y.B. Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussein

Menteri Dalam Negeri Malaysia,

Kementerian Dalam Negeri,

Block D1 & D2, Kompleks D,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,

62546 Putrajaya. SERAHAN TANGAN

Faks: 03- 888 91613

Email: webmaster@moha.gov.my

Y.B.

Per: 1. Rayuan supaya Human Rights Party (HRP) didaftarkan sebagai parti politik menurut terutamanya Artikel 10(1)(c) Perlembagaan persekutuan dan Seksyen 7 dan Seksyen 18(b) Akta Pertubuhan 1966.

2. DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR (BAHAGIAN RAYUAN DAN KUASA-KUASA KHAS) PERMOHONAN UNTUK SEMAKAN KEHAKIMAN NO: R 2 – 25 – 67 -11

Kami merujuk kepada perkara yang tersebut diatas, kepada permohonan kami yang bertarikh 25/11/2010 kepada Pendaftar Pertubuhan Wilayah Persekutuan dan kepada surat penolakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia yang bertarikh 4/8/2011 yang telah secara tidak sah disisi Perlembagaan Persekutuan dan Akta Pertubuhan 1966 menolak permohonan Human Rights Party untuk diluluskan dan didaftarkan sebagai sebuah parti politik (Sesalinan surat yang bertarikh 4/8/2011 tersebut dilampirkan bersama disini untuk rujukan senang pihak tuan.)

Alasan (yang dinafikan disini) yang diberikan untuk penolakan permohonan Human Rights Party (HRP) yang bertarikh 25/11/2010 adalah kerana permohonan pendaftaran kami :-

a) “tidak teratur” dan

b) “gagal mengemukakan perlembagaan pertubuhan yang memenuhi kehendak Jabatan” (Pendaftaran Pertubuhan Malaysia).

Akan tetapi, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia sama sekali tidak menyatakan bahagian mana permohonan pendaftaran kami yang tidak teratur untuk sekurang-kurangnya memberi peluang kepada kami untuk memperbetulkan yang tidak teratur dan (jika perlu) sekali lagi membuat permohonan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia untuk pendaftaran Human Rights Party sebagai sebuah parti politik.

Seterusnya lebih- kurang 99% daripada isi kandungan perlembagaan Human Rights Party ini adalah berteraskan dan berdasarkan kepada perlembagaan antara parti politik pembangkang yang tertua di Malaysia iaitu parti Democratic Action Party (DAP) yang telah diterima pakai dan didapati sah disisi undang-undang di Malaysia untuk tempoh 45 tahun ini dari tanggal 18/3/1966 sehingga ke hari disini. Oleh yang demikian, surat jawapan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan yang menyatakan bahawa Perlembagaan Human Rights Party tidak memenuhi kehendak jabatan adalah tidak masuk akal sama sekali. Adakah dengan ini pihak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan secara langsung menyatakan bahawa perlembagaan parti DAP tersebut juga tidak memenuhi kehendak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia? Dan sedang beroperasi secara tidak sah di sisi undang-undang selama 45 tahun ini?

Tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan ini adalah satu tindakan yang tidak bebas dari “arahan politik”, mala-fide, mempunyai niat serong dan bermotifkan politik dengan tujuan menghalang Human Rights Party dari terus memperjuangkan nasib malang masyarakat India yang miskin dan juga dari bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13 kelak yang dijangka diadakan pada penghujung tahun ini (2011).

Oleh yang demikian, kami dengan ini membuat rayuan ini menurut terutamanya tetapi tidak terhad kepada Artikel 10(1)(c) Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 18(b) dan dibaca bersama dengan Seksyen 7 Akta Pertubuhan 1966 kepada pihak Y.B. Menteri Dalam Negeri supaya Human Rights Party (HRP) diluluskan dan didaftarkan sebagai sebuah parti politik dalam tempoh masa empat-belas (14) hari dari tarikh disini.

Menurut keputusan Mahkamah Persekutuan Malaysia, Artikel 10(1) Perlembagaan Persekutuan dalam otoriti Sivarasa Rasaiah v Majilis Peguam Negara [2010] 2 MLJ 333 telah memutuskan yang “ The articles which guarantee fundamental liberties shall be read broadly, whereas any provisions of restriction over the fundamental liberties shall be read narrowly. Then the restrictions on the fundamental liberties should not make those guaranteed rights to be illusionary and ineffective. The fundamental liberties are the basic structure of the Federal Constitution and Parliament cannot enact laws which violates this basic structure.

Sila ambil perhatian bahawa jika pihak Y.B. Menteri Dalam Negeri enggan dan / atau cuai dan / atau gagal memberi kelulusan kepada dan mendaftarkan Human Rights Party Malaysia (HRP) Malaysia sebagai sebuah parti politik menurut terutamanya Artikel 10(1)(C) Perlembagaan Persekutuan dan dibaca bersama dengan Seksyen 7 dan Seksyen 18(b) Akta Pertubuhan 1966 dalam tempoh empat-belas (14) hari dari tarikh surat ini kami akan andaikan yang permohonan kami ini telah ditolak pada 2/9/2011 dan kami akan meneruskan dengan prosiding Mahkamah Tinggi untuk antara lain satu Perintah Certiorari dan Mandamus tanpa sebarang Notis lagi kepada pihak Y.B. Menteri.

Sila ambil perhatian bahawa kami juga akan dalam permohonan yang sama membuat satu “ additional alternative prayer” memohon untuk perintah Certiorari dan Manadamus terhadap sebarang keputusan bertulis Y.B. Meneteri Dalam Negeri (jika ada) dimana permohonan Human Rights Party (HRP) ini pada kemudian hari ditolak oleh pihak Y.B. Menteri sebagaimana yang telah dilakukan melalui surat yang bertarikh 4/8/2011 tersebut oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia dan yang telah diguna pakai dalam penolakan Guaman Sibil Mahkamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur No R2-25-67-11 yang tersebut diatas.

Dan akhirnya sila ambil perhatian bahawa yang pada 16/8/2011 pihak Human Rights Party (HRP) telah memohon kepada Mahkamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur dalam kamar supaya Guaman Sibil No R2-25-67-11 tersebut ditangguhkan dan ditetapkan untuk Sebutan selama tiga (3) bulan supaya dapat didengar bersama dengan bakal guaman sibil (jika perlu) terhadap Y.B. Menteri jika Rayuan bertulis Human Rights Party ini ditolak dikemudian hari. Akan tetapi Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi Malaya Y.A. Dato’ Rohana binti Yusof telah menolak permohonan Human Rights Party ini dengan kos sebanyak RM 2,500.00

Sekian terima kasih.

Yang benar,

________________

Uthayakumar a/l Ponnusamy

Setiausaha Agong (penaja)

Salinan Kepada:-

Peguam Kanan Persekutuan Jabatan Peguam Negara Bahagian Guaman, Block C3 Serahan Tangan Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Fax : 03 – 8890 5670 62502 Putrajaya

(RUJ:PN/WKL/HQ//08(P)/47/2011)

No comments: