KETEREH: Umno dan Barisan Nasional (BN) tidak mampu menutup diri daripada terdedah pelbagai penyelewengan biarpun tidak menyertai pilihan raya kecil di Penanti.
Ahli Majlis Tertinggi KeADILan, N Gobalakrishnan berkata, Umno tidak mampu mengelak daripada dikaitkan dengan pelbagai isu yang berlaku sekarang kerana ia membabitkan pemimpin negara.
Katanya, rakyat perlu diberitahu tentang pelbagai penyelewengan yang berlaku kerana mereka ada hak di sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen.
"Apabila rakyat sudah tahu mereka boleh membuat pilihan sendiri. Ini penting untuk membolehkan sebuah kerajaan yang adil dapat ditegakkan," katanya pada satu program di sini, baru-baru ini.
Program tersebut diadakan di Kampung Soko, Kok Lanas. Hadir sama anggota Parlimen Padang Terap, Mohd Nasir Zakaria dan Naib Yang Dipertua PAS Ketereh, Dato' Ahmad Rusli Ibrahim.
Semalam Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan berkata, KeADILan tidak ada modal apabila membelasah Umno dan BN pada kempen pilihan raya tersebut.
Menurutnya KeADILan sepatutnya menumpukan kepada isu pembangunan bagi membela nasib rakyat di Penanti.
Gobalakrishnan yang juga anggota Padang Serai berkata, alasan diberi Presiden Umno, Dato' Seri Najib Razak tidak mahu menyertai pilihan raya di Penanti kononnya tidak mahu membazir tidak lebih sebagai satu sandiwara.
"Mengapa baru sekarang mereka hendak bercakap soal pembaziran. Rakyat sudah tahu malah sudah masak dengan sikap hipokrit pemimpin mereka.
"Kalau Umno dan BN betul-betul tidak mahu membazir, kembalikan wang komisen yang telah dibazirkan membeli kapal selam dan Sukhoi sehingga mencecah puluhan juta ringgit," katanya.
Nasir ketika berucap pada majlis yang sama berkata, kejayaan Pakatan Rakyat memecah belenggu perkauman di negara ini telah menyuntik semangat rakyat sehingga berani bangkit membuat perubahan.
Ahmad Rusli pula memberitahu media dan mahkamah menjadi talian hayat Umno bagi membolehkan parti itu terus berada di pentas politik negara.
Menurutnya tanpa bantuan tersebut Umno sudah berada di muzium yang hanya diingati pada catatan sejarah sahaja.
Beliau juga berkata, rakyat perlu sensitif terhadap situasi yang berlaku dalam politik tanah air bagi membolehkan mereka membuat pilihan terbaik pada masa akan datang.
"Rakyat menolak Umno dan BN kerana kesedaran. Rakyat bijak menilai antara kaca dan permata. Kecerdikan rakyat tidak boleh lagi ditukar dengan wang ringgit," katanya.

Harakah
26/05/09
No comments:
Post a Comment